11/14/2007

Selangkah ke alam Mansurah..

Assalamualaikum,,aper kaba sumer kawan2 kita di Mesir and xluper kt kawan2 kita kt Malaysia? sehat la kan! harap2 mcm tu la..bukan aper,just nk amik tau jugak..

Baru2 ni aku ader la main bola kt padang kuliah `old trafford` kesayangan mansourians tu..biasa la team lughah lawan ngan usuluddin,and seperti biasa team lughah kalah lagi..nk open citer nyer,aku nk citer la yg budak2 lughah ni mmg sikit, knp sikit? kenapa ramai yg xnk amik kos lughah ni? satu penyakit yg aku selalu dengar kt malaysia tu orang selalu ckp kos lughah ni susah sangat,aku jumpa saper2 kt mesia tu sumer ckp kos ni susah,pastu kalo ader saper2 ckp nk amik lughah diorang sumer pelik, Y?

Sebenarnyer orang2 lama kita dari Mesir ni yg ckp kos ni susah,knp kita perlu sempitkan pemikiran kita ni? Actually lepas aku sampai mesir ni br aku tau,xde belajar yg xsusah. Kalo senang bukan la belajar nama nyer,mn ader belajar senang,yg penting istiqamah kita and tekad kita. Aku ingat lg ms aku ckp kt ayah aku yg aku nk amik kos lughah ni,Alhamdulillah ayah aku bg support 100percent sama ngan mama aku,nasihat ayah aku, pegi jer kuliah biar la xpaham pun,yg penting insyaALLAH ader berkat nyer,Alhamdulillah pesanan ayah aku ni aku sematkan kt dada yg tegap ini,kerana aper? kerana.. aku sayang kt ayah aku,tp bukan tu jer mmg adat kita nk tuntut ilmu tu mcm tu. Kalo kita nk tgk,budak2 medic tu lg la kitab dah mcm kitab yg aku tgk kt dalam citer Harry Potter,kalo diorang pun pening tgk kitab tu lg kan kita nk bc kitab diorang.

Bukan aku nk paksa orang amik lughah,tp just nk suggest jer,kalo ader minat tu amik jer,yg penting kener rajin la,kalo kita buat mcm study kt malaysia jugak,payah la. Xsalah pun kalo nk amik kos2 yg lain. Yg penting kemanisan mencari ilmu tu n kesungguhan yg kita ni mmg nk aper yg kita hajatkan dari Malaysia dl,satu contoh la: aku ader kawan kuliah ni nama dia Zahimi,orang N.Sembilan. Aku bukan nk puji sangat dia ni,pasal dia selalu kutuk team Chelsea kesayangan aku,tp aper yg aku really respect ngan dia ni,kalo g kuliah mst dia yg sampai awal dr aku,aku bengang la. Pastu dia ni duduk kt depan sekali,xmcm aku. Aku ni duduk kt kerusi belakang sikit pasal aku takut tertido,kang xpasal2 `anta Ya Malizia?qum! Limaza anta tanam?` haa nk jawab aper? ok balik pada citer asal..satu lg dia ni bg perhatian yg gila2 kalo doktor tengah syarah kt depan,jarang sangat la nk tgk dia tido,kalo xpaham jer dia terus tanya kt doktor lepas kuliah,pastu dia ingt lak tu nama doktor setiap madah,hebat kan? tp bila tgk syahksiah dia plak mmg aku kagum giler,benda yg aku tgk hebat pada Zahimi ni pertama, sembahyang jemaah xtinggal. Kedua,tahajjud xtinggal n ketiga,dia ni kalo bab masa dia jaga sungguh2.

Ni la benda yg penting sebagai pelajar yg cemerlang,nk satu benda tu bukan tumpu pada satu tu jer,tp benda yg sampingan tu kener selari mcm yg Islam nk kan. Aku sedar banyak lg yg aku kurang,aku ni bukan la baik sangat tp aku selalu tekad nk jadi mcm Zahimi tu,korang doakan la aku jd mcm tu. Kadang kita ni nama jer student Azhar,tp kadang2 ader lg terok dr orang yg xngaji agama,korang sedih ker?

Ok la, aku ingt sampai sini dl aku nk conteng blog ni,maybe ader citer lg kita sambung k! Badan aku pun dah penat duduk depan kom ni,esok nk g Port Said,nk carik bj sejuk sikit. Tp ingt la advice yg xseberapa ni,sekadar nk mengingatkan rakan2 kita. Doakan kami naik thn 3 K! Pastu kalo ader kawan2 nk amik lughah,suruh la mai Mansurah ni tp yg teror men bola la,bleh kita bantai geng Usul plak..heheh xdela sajer gurau2. ok Assalamualaikum Salam Tido dariku.

Saiful Islam b. Mohd Safiaai
Kuliah Bahasa Arab,
Mansurah,Mesir.

11/13/2007

Sekapur Sireh.......


Assalamu'alaikum kepada pembaca sekalian.Harap anda semua dalam keadaan yang baik dan berada di bawah lembayung rahmat Allah yang Ezsa.Blog ini adalah blog kepunyaan Ahli bait maqabir yang terletak di Jalan Sa'ud yag terletak di negeri Daqhiliyyah,Egypt.Bagi permulaannya,mari kita kita kenal serba sedikit berkaintan Mansurah.


Mansurah adalah salah sebuah negeri yang terletak di sebelah utara Mesir.Negara yang mempunyai 4 musim ini juga dikelilingi padang pasir yang meluas adalah suatu rahmat Alllah.Pada ketika ini penulis kurang sihat kerana mengalami perubahan musim daripada musim panas kemusim sjuk.Mansurah juag tidak terpinggir dari memiliki keindahan alam ciptaan yang maha Esa bagi bagi memberi peluang kepada hambanya untuk memerhati n memikirkan akan kebesaran Allah yang maha agung.
Universiti Al-Azhar yang tersenggam megah dengan kehebatan ulama-ulama yang terbit dari universiti ini telah menjadi titik tolak bagi pelajar dari seluruh kawasan mansurah dan juga negeri-negeri yang berhampiran dengannya serta pelajar-pelajar 'wafideen' yang datang dari Malaysia,Indonesia,Thailand,Syiria,Uzbekistan,India,JuzurQamar dan lain-lain negara untuk memilih universiti ini sebagai tempat menimba ilmu.Universiti Al-Azhar di mansurah ini terbahagi kepada dua.Pertama untuk pelajar lelaki yang terletak di bandar Salam,dab Azhar untuk perempuan yang terletak di Jalan Dirasaat.Bagi Azhar(lelaki) hanya dibuka Arabic language course&theology course.Akan tetapi bagi perempuan ia menjurus kepada semua bidang termasuk Islamic Law course serta Qiraat.


Walaupun berbeza dari segi bahasa,budaya,cuaca serta muamalah sehariannya, tidak menjadi alasan sebagai penghalang untuk meneruskan perjuang sebagai hamba Allah bagi menuntut ilmu di negara lautan ilmu ini.
Negeri bekas jajahan Perancis ini sungguh terkenal dikalangan warga lelaki egypt yang menyifatkan bahawa wanita Mansourah adalah wanita yang tercantik disebabkan kacukan arab dan Perancis.Itulah serba sedikit berkaitan dengan Negeri Mansourah.


Dikesempatan ini juga penulis ingin mengucapkan selamat datang ke Bumi Anbia' kepada Ahli Baru Bait Maqabir ini :

1).Izzat Helmi(Arabic Language Course)
2).Abdul Rahman(Arabic Language Course)
3).Redzuan(Theology Course)
4).Muhammad Ja'far(Theology course)
5).Muhammad Sazamir(Theology course) serta Isteri Noor Izda Royani Baiti(Islamic Law)
Ikhlas dari :
~Mohamad Amirushah(Theology Course)
~Abdul Afuww(Theology Course)
~Mohd Noor Fathi(Arabic Language Course)
~Khairul Alimi(Theology Course)
~Saiful Islam(Arabic Language Course)
~Mohd farid(Arabic Language Course)
~Zulkefli(Theology Course)