Showing posts with label Tazkirah. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah. Show all posts

5/04/2009

MAU'IZOH: MOHON AMPUN, TUTUP KEAIBAN DOSA DARIPADA TERDEDAH

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
www.harakahdaily.net

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah?" (Surah Ali Imran ayat 135)

Istighfar bererti minta ampun kepada Allah SWT. Istighfar juga bererti minta ditudung (ditutup) segala kesilapan atau kesalahan.

Minta dilindung supaya ketika dibangunkan dari kubur di Mahsyar kelak, segala keaiban tidak terdedah kepada umum.

Dalam ayat 135 surah Ali Imran, Tuhan menjelaskan sifat baik di kalangan orang beriman yang 'ashi(dehaka), apabila melakukan perkara keji atau menganiaya dan dedah diri kepada bahaya api neraka. Lalu ingat dan mohon ampun (istighfar) kepada Allah SWT minta ditudung dosanya.

Sesal kepada Tuhan kerana derhaka kepada-Nya, dengan anggota yang dikurnia oleh Allah SWT.

Menderhaka dengan mata kerana memandang perkara yang haram. Menderhaka dengan lidah kerana mengumpat serta berkata perkara haram. Derhaka dengan mulut kerana makan rezeki yang haram.

Semua anggota tubuh badan adalah kurniaan Tuhan, yang sepatutnya digunakan untuk taat dan berbakti kepada-Nya, bukan sebaliknya.

Firman-Nya lagi yang bermaksud: "Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia mohon ampun kepada Allah, nescaya dia mendapati Allah Maha Pengangampun lagi Maha Penyayang." (Surah An-Nisa ayat 110)

Pada ayat tersebut menjelaskan bahawa orang yang telah melakukan kejahatan atau menzalimi diri, kemudian ingat kepada Allah SWT dan beristighfar akan mendapati bahawa Allah SWT itu satu Zat yang sangat suka mengampunkan dosa, serta amat Kasihan Belas kepada manusia.

Mukmin yang 'ashi (derhaka) hendaklah berkeyakinan bahawa dosanya akan diampun dan dilindung daripada pandangan orang ramai, dengan syarat mereka menyesali dan taubat bermula daripada hati yang telah insaf.

Sepenuh hati berazam tidak melakukan dosa lagi, lantas lisannya menyebut 'Astaghfirullah' atau 'Lailaha illa anta inni kuntu minaz zolimin' atau Allahummaghfirli wa liwalidaiyya.

Atau katalah apa saja yang menunjukkan mereka tidak akan mengulangi kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan.

Insya-Allah, Tuhan akan terima taubat dan ditudungnya dosa mereka. Diberi keupayaan menentangnya ketika hati teringin melakukannya.

Timbul rasa malu dan gerun, akhirnya akan jadi manusia yang patuh dan taat kepada Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohon ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun." (Surah An-Nashr ayat 3)

Segala kerja bermula daripada anggota zahir atas dorongan hati. Jika bertasbih dan beristighfar terbit daripada sanubari insaf, hasil daripada sikap tersebut dalam jangka masa yang tidak lama, akan terbit rasa malu kepada diri untuk mengingkari istighfar yang diucapkan.

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud: "Dan yang memohon ampun pada waktu sahur (sebelum fajar)." (Surah Ali Imran ayat 17)

Sifat orang mukmin ialah mereka berusaha bangun sebelum fajar untuk beristighfar kepada Allah SWT. Boleh beristighfar pada siang hari, tetapi kemungkinan beristighfar sekadar meniru orang lain.

Adapun bangun sebelum fajar adalah lambang keikhlasan kepada Allah SWT, ini kerana kebanyakkan manusia masih lena tidur.

Sesetengah sifat orang mukmin ialah hanya sedikit tidurnya pada waktu malam. Orang yang berkeadaan begini pada siang harinya tak mungkin melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah SWT.

Sebaliknya jika seseorang beristighfar dan berzikir pada waktu malam kerana tarik perhatian jiran sebelah, supaya jirannya tahu dia bangun beramal waktu malam, nescaya tiada kesan yang positif pada siang harinya, kerana dia beramal sekadar tarik perhatian manusia.

Rasulullah s.a.w. amat gemar beristighfar dengan: "Subhanaka Allahumma wa bihamdika Allahumma Ighfirli. Innaka Antat-Tauwwabur Rahim" Yang bermaksud: "Maha suci Engkau (daripada sifat kekurangan), ya Allah Tuhanku, dan aku memuji Engkau wahai Tuhanku ampunilah (segala dosa)ku. Sesungguhnya Engkau Amat penerima taubat lagi Maha Penyayang."

Lafaz istighfar hanya dihujung kalimah berbunyi "Ighfirli", tetapi dimulai dengan kata kata sanjungan dan bunga pujian.

Iaitu tasbih mensucikan Allah SWT dari segala sifat kekurangan dan kelemahan. Bertahmid memuji-Nya dengan segala Kemuliaan yang tidak terhingga.

Sebelum meminta sesuatu dari Tuhan lebih dahulu memuji-Nya dengan kata sanjungan. Inilah kaedah yang amat disukai oleh Allah SWT kerana meletakkan-Nya di tempat paling suci dan mulia, sesuai dengan sifat Keagungan Zat-Nya.

Justeru jika seseorang itu rajin bertasbih menyebut 'Subhanallah' dengan penuh kesedaran, misalnya menyebut 'Subhanallah' yang bermaksud Maha Suci Allah dari kejahilan, bererti Dia-lah Tuhan yang Maha Berilmu.

Sebut berulangkali 'Subhanallah' Maha Suci Allah dari sifat kelemahan yang lain, bererti Dia-lah Tuhan penuh dengan segala sifat Kesempurnaan. Sanjunglah Allah SWT dengan tasbih dan tahmid.

7/26/2008

ALAM KUBUR



Setelah segala urusan dunia selesai, mayat akan dikebumikan dan setelah selesai dikebumikan maka rohnya akan dikembalikan ke jasadnya untuk MENJAWAB SOALAN dari malaikat.

Diriwayatkan dari Abdullah bin Salamra, sebelum malaikat Munkar dan Nakir masuk, ada seorang malaikat lain masuk dahulu yang mukanya besinar bagai matahari, namanya Roman. Dia masuk kepada mayat dan berkata:
“Tulislah apa yang kamu perbuat dari kebaikan dan keburukan semasa hidup di dunia dahulu.”

Mayat menjawab:
“Dengan apa aku menulis? Mana penaku,mana dakwatku dan kertasku?”

Sahut malaikat Roman:
“LUDAHmu sebagai DAKWAT. JARImu sebagai PENA.”

Mayat bertanya:
“Di atas apa aku menulis?”

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Maka malaikat itu memotong tali kapan dan carikkan kain kapan dan diberikan kepada mayat dan katanya: inilah bukumu dan tulislah sekarang”

Maka MAYAT itu MENULIS apa yang telah dilakukan semasa hidupnya dengan KEBAIKAN. Maka bila sampai pula untuk menulis kejahatan, mayat itu merasa malu untuk menulisnya.

Kata malaikat:
“Wahai orang salah, sekarang ENGKAU merasa MALU untuk MENULIS KESALAHAN yang kamu lakukan dahulu. Kenapa kamu tidak malu terhadap Tuhan yang menciptakan akan kamu waktu kamu melakukan kesalahan dahulu hingga kamu merasa malu kepada aku?”

Maka malaikat itu mengangkat tongkat hendak memukulnya.

Lalu berkata si hamba tadi:
“Angkatlah saya dan saya akan menulis.”

Diapun menulis semua sekali kejahatan hingga habis, lalu malaikat itu memerintahkan supaya dia melipat catitannya itu dan memberinya cop mohor.

“Dengan apa cop?”

Jawab malaikat:
“Kamu COP dengan KUKUmu itu.”

Lalu diberikan cop kuku dan DIKALUNG di lehernya HINGGA ke hari QIAMAT.

Firman Allah ta’ala dalam surah AL-Isyra’ ayat 13 bermaksud:
“Dan tiap-tiap manusia itu kami telah tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetap kalong) pada lehernya dan kami keluarkan baginya pada hari qiamat sebuah kitab yang dijumpai dalam keadaan terbuka.”

Lalu masuklah dua malaikat, Munkar dan Nakir. Jika yang mati ahli maksiat, maka pada hari qiamat diwaktu Allah memerintahkan untuk membaca kitabnya sendiri, maka dia pun membaca sehingga habislah kebaikan yang dilakukan tetapi bila sampai kepada keburukan dia pun berhenti.

Maka firman Allah ta’ala:
“Mengapa kamu tidak baca?”

Maka jawab si hamba:
“aku malu kepadaMU ya Allah.”

Firman Allah ta’la lagi:
“Mengapa kamu tidak malu di dunia dahulu? Mengapa sekarang baru malu?”

Akhirnya hamba tadi merasa sungguh menyesal tetapi sesalan yang tidak berguna lagi. Kemudian datang lagi firman Tuhan dalam surah Al-Haqqah ayat 30 dan 31 bermaksud
“peganglah dia dan belenggulah dia, belenggu tangan ke lehernya. Kemudian masukkan dia ke dalam api neraka yang bernyala-nyala.”

12/07/2007

Resepi masak sotong.

Assalamu'alaikum kepada pembaca.Apa khabar?Semoga diharap dalam keadaan sihat-siahat semua disamping kawan-kawan yang tercinta.Erm..bukan apa bukan tak nak posting tapi ader masalah-masalah yang tertentu.Macam sibuk ke kuliah..line internet kat umah x berfungsi..Baru jer masuk balik line ni....tu pon ader sikit bertekak dengan arab.Mana taknya..kitaorang dah pasang anti net cut dengan no cut..tapi line tetap tulis...request time out..So nak buat macam mana...hehehehe..

Sebenarnya tak elok sangat bergaduh dengan arab ni..Sebab masa bulan ramadhan yang lepas....saya pergilah ikut kelas syeikh Nuruddin..yang bertempat kat umah Johor,Madinah Nasr,Cairo.Syeikh kata aper..kita sebenarnya x boleh nak bergaduh sangat dengan arab sebab nabi x suka kita mencaci atau menghina bangsa arab kerana keturunan Rasulullah adalah bangsa arab.Malah ada sesetengah ulama mengatakan kalau kita selalu baca surah al-Lahab atas kerana ingin menghina Abu Lahab maka berdosalah ia.Sedangkan Abu Lahab adalah salah satu dari keturunan nabi.Hak menghina yang paling besar hanya di sisi Allah.

Eh?aper yang saya tulis nie..hehehehe..bukan apa,hidup ini kena saling nasihat menasihati,seperti yang tersebut dalam surah Al-'asr " berpesan-pesanlah pada kebenaran dan berpesan-pesanlah kepada kesabaran"

ok...Sebelum rumah maqabir makan sotong..Beli kat depan kuliah Azhar lil banaat..Erm..so nak kongsi resepi..masak sotong..saper yang tau...taulah..saper nak cuba silakan...nama die...SOTONG LADA HITAM...siap nama tuu..saje jer kasi nama..

Bahan-bahan:
1 kg sotong (x beso x kecik)
1/2 liter santan
4 batang serai-diketuk
1 helai daun kunyit
Garam dan gula.

Bahan A ditumbuk@kisar(jgn halus sgt klu kisar)

20 biji cili padi.(klu xde amik la cili biasa)
2 cm kunyit hidup(kire beso ibu jari laa)
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil jintan putih

cara buat:
1. Sotong di bersihkan tetapi jangan di potong.Toskan.
2. Masukan santan,serai dan bahan A dalam kuali.Jerangkan dengan ape yang kecik jerk..sambil di kacau-kacau
3. Bila mendidih,masukkan sotong.Masak sampai nampak cam pekat2.
4. Letak garam n gula pasir.Masak lg samapi masak...dah masak makan..rasa sedap ke x sedap..kalau xsedap jgn salah kan saya..ehhehe..SELAMAT MENCUBA!!!!!!!!!

glaxonil786@yahoo.com.uk/allsunnah786@yahoo.com.uk