5/04/2009

MAU'IZOH: MOHON AMPUN, TUTUP KEAIBAN DOSA DARIPADA TERDEDAH

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
www.harakahdaily.net

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah?" (Surah Ali Imran ayat 135)

Istighfar bererti minta ampun kepada Allah SWT. Istighfar juga bererti minta ditudung (ditutup) segala kesilapan atau kesalahan.

Minta dilindung supaya ketika dibangunkan dari kubur di Mahsyar kelak, segala keaiban tidak terdedah kepada umum.

Dalam ayat 135 surah Ali Imran, Tuhan menjelaskan sifat baik di kalangan orang beriman yang 'ashi(dehaka), apabila melakukan perkara keji atau menganiaya dan dedah diri kepada bahaya api neraka. Lalu ingat dan mohon ampun (istighfar) kepada Allah SWT minta ditudung dosanya.

Sesal kepada Tuhan kerana derhaka kepada-Nya, dengan anggota yang dikurnia oleh Allah SWT.

Menderhaka dengan mata kerana memandang perkara yang haram. Menderhaka dengan lidah kerana mengumpat serta berkata perkara haram. Derhaka dengan mulut kerana makan rezeki yang haram.

Semua anggota tubuh badan adalah kurniaan Tuhan, yang sepatutnya digunakan untuk taat dan berbakti kepada-Nya, bukan sebaliknya.

Firman-Nya lagi yang bermaksud: "Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan dan menganiaya dirinya, kemudian dia mohon ampun kepada Allah, nescaya dia mendapati Allah Maha Pengangampun lagi Maha Penyayang." (Surah An-Nisa ayat 110)

Pada ayat tersebut menjelaskan bahawa orang yang telah melakukan kejahatan atau menzalimi diri, kemudian ingat kepada Allah SWT dan beristighfar akan mendapati bahawa Allah SWT itu satu Zat yang sangat suka mengampunkan dosa, serta amat Kasihan Belas kepada manusia.

Mukmin yang 'ashi (derhaka) hendaklah berkeyakinan bahawa dosanya akan diampun dan dilindung daripada pandangan orang ramai, dengan syarat mereka menyesali dan taubat bermula daripada hati yang telah insaf.

Sepenuh hati berazam tidak melakukan dosa lagi, lantas lisannya menyebut 'Astaghfirullah' atau 'Lailaha illa anta inni kuntu minaz zolimin' atau Allahummaghfirli wa liwalidaiyya.

Atau katalah apa saja yang menunjukkan mereka tidak akan mengulangi kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan.

Insya-Allah, Tuhan akan terima taubat dan ditudungnya dosa mereka. Diberi keupayaan menentangnya ketika hati teringin melakukannya.

Timbul rasa malu dan gerun, akhirnya akan jadi manusia yang patuh dan taat kepada Allah SWT. Firman Allah SWT yang bermaksud: "Maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohon ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun." (Surah An-Nashr ayat 3)

Segala kerja bermula daripada anggota zahir atas dorongan hati. Jika bertasbih dan beristighfar terbit daripada sanubari insaf, hasil daripada sikap tersebut dalam jangka masa yang tidak lama, akan terbit rasa malu kepada diri untuk mengingkari istighfar yang diucapkan.

Firman Allah SWT lagi yang bermaksud: "Dan yang memohon ampun pada waktu sahur (sebelum fajar)." (Surah Ali Imran ayat 17)

Sifat orang mukmin ialah mereka berusaha bangun sebelum fajar untuk beristighfar kepada Allah SWT. Boleh beristighfar pada siang hari, tetapi kemungkinan beristighfar sekadar meniru orang lain.

Adapun bangun sebelum fajar adalah lambang keikhlasan kepada Allah SWT, ini kerana kebanyakkan manusia masih lena tidur.

Sesetengah sifat orang mukmin ialah hanya sedikit tidurnya pada waktu malam. Orang yang berkeadaan begini pada siang harinya tak mungkin melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah SWT.

Sebaliknya jika seseorang beristighfar dan berzikir pada waktu malam kerana tarik perhatian jiran sebelah, supaya jirannya tahu dia bangun beramal waktu malam, nescaya tiada kesan yang positif pada siang harinya, kerana dia beramal sekadar tarik perhatian manusia.

Rasulullah s.a.w. amat gemar beristighfar dengan: "Subhanaka Allahumma wa bihamdika Allahumma Ighfirli. Innaka Antat-Tauwwabur Rahim" Yang bermaksud: "Maha suci Engkau (daripada sifat kekurangan), ya Allah Tuhanku, dan aku memuji Engkau wahai Tuhanku ampunilah (segala dosa)ku. Sesungguhnya Engkau Amat penerima taubat lagi Maha Penyayang."

Lafaz istighfar hanya dihujung kalimah berbunyi "Ighfirli", tetapi dimulai dengan kata kata sanjungan dan bunga pujian.

Iaitu tasbih mensucikan Allah SWT dari segala sifat kekurangan dan kelemahan. Bertahmid memuji-Nya dengan segala Kemuliaan yang tidak terhingga.

Sebelum meminta sesuatu dari Tuhan lebih dahulu memuji-Nya dengan kata sanjungan. Inilah kaedah yang amat disukai oleh Allah SWT kerana meletakkan-Nya di tempat paling suci dan mulia, sesuai dengan sifat Keagungan Zat-Nya.

Justeru jika seseorang itu rajin bertasbih menyebut 'Subhanallah' dengan penuh kesedaran, misalnya menyebut 'Subhanallah' yang bermaksud Maha Suci Allah dari kejahilan, bererti Dia-lah Tuhan yang Maha Berilmu.

Sebut berulangkali 'Subhanallah' Maha Suci Allah dari sifat kelemahan yang lain, bererti Dia-lah Tuhan penuh dengan segala sifat Kesempurnaan. Sanjunglah Allah SWT dengan tasbih dan tahmid.

1/11/2009

Soalan :


Baru-baru ini Majlis Fatwa Kebangsaan mengeluarkan kenyataan bahawa Caj Perkhidmatan 3.5% berasaskan jumlah pinjaman yang dikenakan kepada peminjam PTPTN adalah berlandaskan syarak, namun kami pihak pelajar masih lagi ragu-ragu kerana ada beberapa pihak menerangkan bahawa apa sahaja tambahan jika berasaskan peratusan dari jumlah pinjaman pokok ianya adalah riba, minta pihak HTM mengeluarkan Sautun Nahdhah berkenaan isu ini.

Jawapan:


“Caj Perkhidmatan PTPTN Tidak Menyalahi Hukum Syarak” - itulah tajuk yang terpampang dalam laman web JAKIM berkenaan dengan kontroversi caj perkhidmatan yang dikenakan ke atas bayaran balik pinjaman PTPN. Menurut laman web tersebut, “Muzakarah Khas tersebut diadakan khusus untuk membincangkan caj perkhidmatan yang dikenakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) ke atas pembiayaan pelajar-pelajar di Institusi Pengajian Tinggi. JKF telah memutuskan bahawa caj perkhidmatan yang dikenakan oleh PTPTN ke atas pelajar tidak menyalahi hukum syarak. Caj perkhidmatan ini ialah sebagai upah kepada pihak PTPTN yang telah menguruskan pembiayaan pelajaran kepada pelajar-pelajar. Muzakarah Khas tersebut juga dihadiri oleh Y. Bhg. Tan Sri Dato' Setia Ambrin bin Buang, Ketua Audit Negara yang menyampaikan taklimat khas mengenai kajian jabatan audit terhadap Pengurusan Zakat Oleh Majlis Agama Islam di seluruh negeri. Muzakarah Khas yang telah berlangsung selama tiga (3) jam ini telah dihadiri oleh S.S. Mufti Negeri-negeri, Ahli-ahli Dilantik dan turut dihadiri oleh Pegawai-pegawai Kanan JAKIM dan Pegawai-pegawai Jabatan Audit Negara serta wakil daripada PTPTN.” [Sumber Laman Web JAKIM]


Hal yang sama juga dinyatakan dalam Utusan Malaysia bertarikh 29/07/2008 dalam ruangan bertajuk Caj PTPTN tidak langgar syarak. Pengerusinya, Datuk Dr. Abdul Shukor Husin berkata, keputusan itu dicapai hasil muzakarah khas yang dipengerusikan beliau bersama wakil PTPTN di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Menurut beliau, sebelum ini caj perkhidmatan yang dikenakan PTPTN ialah 4% pada 1997 sebelum ia diturunkan kepada 3%. “Setelah diberi penerangan mengenai upah operasi termasuk beberapa caj lain, kita bersetuju ia tidak menyalahi syarak dan tiada halangan dari sudut syariah agar ia tidak membebankan peminjam dan pemberi pinjam (PTPTN). Jika melihat kepada prinsip, mungkin ia dapat dikurangkan sekitar satu peratus atau satu peratus setengah daripada kadar sedia ada setelah dibuat perkiraan semula termasuk mengambil kira caj upah dan operasi,” kata beliau kepada Utusan Malaysia.


Perbincangan caj perkhidmatan ini mengundang kontroversi yang mana ada pihak yang mengatakan bahawa pinjaman ini adalah riba dan ada pihak yang menafikan. Semoga tulisan ini dapat menjernihkan pemahaman kita tentang riba, dan juga kepada pihak yang sering mengangguk kepala sahaja kepada pihak pemerintah.

Kontroversi Pengumuman Awal Fatwa dan Pendapat Ahli Jawatankuasa

Mengikut laporan Mohd Asri Zainul Abidin (MAZA) selaku Mufti Perlis dan ahli jawatankuasa menyatakan bahawa, dalam mesyuarat sebelum ini di Alor Setar pada 6-7 Mei 2008 memang pihak PTPTN juga akur bahawa caj yang dikenakan berdasarkan jumlah pinjaman dan Jawatankuasa sepakat menganggapnya riba. Cumanya, Pengerusi (yang juga Naib Canselor USIM) agak keberatan mengumumkan keputusan tersebut, sebaliknya hanya menyatakan kepada media bahawa pihak PTPTN dikehendaki mematuhi garis panduan.

Sekarang telah ada Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK) telah mengeluarkan fatwa baru tentang PTPTN, iaitu secara umumnya menganggap bahawa caj 3% itu adalah ‘upah’ untuk kendalian operasi dan juga untuk tidak membebankan penghutang dan pemiutang. Persoalan yang kita perlu tanyakan ialah bagaimana pendapat Jawatankuasa sebelum ini yang sepakat mengatakan riba untuk caj yang dikenakan berasaskan jumlah pinjaman. Tidakkah ini termasuk dalam helah untuk melakukan ‘riba’ tetapi dinamakan ‘upah’ dan diberikan pula justifikasi untuk meringankan beban penghutang dan pemiutang?

Riba Nasiah Dalam Caj PTPTN

Jumlah caj 3% yag dikenakan sebagai kos perkhidmatan sebenarnya adalah jumlah ‘lebihan’ yang perlu dibayar oleh peminjam. Bentuk lebihan ini dikenali sebagai riba Nasiah, Meskipun beberapa pihak PTPTN sedang berhempas-pulas untuk mencampuradukkan akad ini supaya kita melihatnya dalam kaca mata Islam, atau cuba ‘mengislamkan’ akadnya dengan ditempelkan akad yang tidak ada kaitan dengannya seperti Bai, Ijarah dan Qardhul Hasan. Penempelan semacam ini sebenarnya hanyalah untuk memastikan bahawa pinjaman dalam Islam ini dapat ‘diperdagangkan’ seperti dalam sistem kapitalisme. Kos meminjam wang dalam sistem kapitalis adalah kadar bunga, sedangkan dalam Islam kos ini adalah sifar, dan sesiapa yang mengambil ‘kos’ untuk meminjamkan wang hal ini jelas termasuk riba dan seksaan neraka adalah jawapannya. Ringkasnya, di dalam Islam, jika seseorang memberi pinjam kepada saudaranya, maka haram baginya mengenakan apa jua ‘kos’, atau dengan nama apa sekalipun, dengan tujuan untuk mendapat ‘lebihan’ dari pinjaman yang diberi. Lebihan ini sebenarnya adalah riba.


Pinjaman adalah bererti pertukaran atau perpindahan hak milik sesuatu barang dari pemilik asal kepada pihak lain dengan syarat, pihak lain itu berkewajiban memulangkannya semula. Baik ariah (barang) atau qard (mata wang) yang menjadi ‘pinjaman’, pembayarannya adalah dalam kuantiti yang sama, meskipun mungkin kualitinya lebih baik. Asas utama dalam pemberian ini adalah dalam keadaan untuk ta'wun (tolong-menolong) sesama Muslim tanpa tujuan lain. ‘Pinjaman’ ini bukannya boleh dijadikan asas untuk mendapat keuntungan, kerana pinjaman bukanlah satu ‘perniagaan’ (yang boleh diambil keuntungan). Dalam sistem ekonomi kapitalis sahajalah, pinjaman dijadikan sebagai satu ‘business’ untuk mengaut keuntungan. Justeru, kos/caj tambahan (riba) terhadap pinjaman dikenakan. Malah ia dijadikan alat untuk mendapat kekayaan dan menjanakan kekayaan, baik secara individu mahupun melalui sistem perbankan. Islam mengharamkan aktiviti ini secara mutlak, dan juga pintu-pintu untuk tujuan ini. Ini adalah aktiviti mengambil riba yang sangat jelas keharamannya.

Haramnya Mengambil Lebihan Bayaran Dari Hutang

Islam melarang pembayaran balik hutang yang melebihi kuantiti asalnya, iaitu sekiranya kita berhutang dengan RM10,000 maka kita wajib membayarnya dengan RM10,000. Haram berlaku penambahan walau 1 sen pun kerana ianya adalah riba Nasiah. Keharaman ini dapat dilihat dari hadis dan juga atsar.


Diriwayatkan dari Anas, bahawa dia ditanya tentang seorang laki-laki di antara kita yang meminjamkan harta kepada saudaranya, lalu saudaranya itu memberi hadiah kepadanya. Dia (Anas) berkata: Rasulullah Salallahu alaihi wa Sallam bersabda: “Jika salah seorang dari kalian memberi pinjaman, lalu (orang yang diberi pinjaman) memberi hadiah kepadanya atau menumpangkannya ke atas kenderaan, maka janganlah dia mengenderainya dan janganlah dia menerimanya. Kecuali, jika (perkara memberi hadiah atau memberi tumpang) itu biasa terjadi antara dia (pemberi hutang) dan dia (yang diberi hutang) sebelumnya.” [HR Ibnu Majah]


Diriwayatkan dari Anas dari Nabi Salallahu alaihi wa Sallam beliau bersabda:

“Jika seseorang memberi pinjaman, maka janganlah dia mengambil hadiah." [HR Bukhari dalam Kitab Tarikhnya].


Imam Syaukani juga menambah Bukhari meriwayatkan dalam Sahihnya dari Abu Burdah bin Abu Musa, dia berkata: “Aku mendatangi Madinah dan menemui Abdullah bin Salam. Dia berkata kepadaku: “Sesungguhnya kamu berada di tanah yang riba di dalamnya tersebar. Jika kamu memiliki hak atas seseorang, lalu dia menghadiahkan kepada mu seikat jerami, atau seuncang gandum, atau segenggam makanan ruji, maka janganlah kamu mengambilnya, kerana, itu adalah riba.” [Nailul Authar V/258].


Dalam Al-Ma'rifah, Baihaqi mengeluarkan dari Fadhalah bin Ubaid: “Setiap pinjaman yang menarik manfaat adalah salah satu bentuk riba.” [HR Imam Baihaqi]

Harits bin Abu Usamah meriwayatkannya dari hadis Ali ra. dengan lafaz: Sesungguhnya Nabi Sallallahu alaihi wa Sallam. melarang pinjaman yang menarik manfaat.”

Dalam riwayat lain:

“Setiap pinjaman yang menarik manfaat adalah riba.”

Juga, berdasarkan ijmak yang telah terjadi bahawa setiap pinjaman yang di dalamnya disyaratkan tambahan adalah haram.

Ibnu Mundzir berkata: “Mereka berijmak bahawa jika pemberi pinjaman mensyaratkan tambahan atau hadiah atas peminjam, lalu dia memberi pinjaman berdasarkan itu, jika dia mengambil tambahan tersebut berdasarkan itu, maka itu adalah riba.”

Diriwayatkan dari Ubay bin Ka'b, Ibnu Abbas dan Ibnu Mas'ud, bahawa mereka melarang pinjaman yang menarik manfaat.


Dari hadis dan atsar ini menjadi jelas kepada kita bahawa pinjaman yang menarik manfaat, jika tambahan di dalamnya adalah syarat, maka tidak diperselisihkan bahawa itu adalah haram. Sekiranya terdapat bayaran lebihan, ulama bersepakat menyatakannya sebagai riba an-Nasiah yang disepakati keharamannya. [Al-Jami' fi Usul al-Riba, ms 17]

Caj PTPTN - Helah Untuk Muamalah Riba

Seperti yang diterangkan di atas bahawa dalam sistem kapitalis, ‘pinjaman’ merupakan satu business/perniagaan. Inilah pandangan hidup kapitalis yang jelas tentang permasalahan ini. Namun bila ada pihak cuba untuk menghalalkan perniagaan ini dengan nama Islam, mereka terpaksa mereka-reka dan mencipta helah untuk mengambil keuntungan (atau ‘berniaga’ dengan hutang). Di sinilah mereka terkial-kial mencipta perkara baru dan fatwa baru supaya sistem kapitalis tetap berjalan dengan disaluti oleh fatwa dari Islam.

Sedangkan Islam mengharamkan helah, berasaskan dalil umum. Helah Riba ini diharamkan kerana sebenarnya mereka bersepakat untuk mengambil lebihan dari pinjaman (riba) dan dengan cara yang tidak nampak. Ini berdasarkan kaedah syarak,

“al-wasilatu ila haram, haram” (jalan membawa kepada benda yang haram adalah haram).

Sebagaimana hadis dari Ubadah bin Shamit, Rasulullah saw bersabda, “Sesungguhnya sebahagian dari Umatku menghalalkan arak dengan cara menamakannya dengan namanya tersendiri”. [HR Ahmad]


Dan dalam riwayat lain disebutkan, “menamakannya dengan nama lain” [Nizhamul Iqtisadi Fil Islam, ms 261].

Penjenamaan Caj Perkhidmatan dan lain-lain nama adalah salah satu cara untuk menjenamakan semula Riba Nasiah yang diharamkan oleh Syarak.

Kesimpulannya


Permasalahan PTPTN ini adalah satu dari masalah yang muncul apabila manusia menjadikan ideologi kapitalis sebagai hukum-hakam kehidupan. Ini kerana dalam sistem kapitalisme yang memandang bahawa semua perkara boleh diperdagangkan termasuklah harga diri.

Dalam Aspek pendidikan ini kita boleh melihat bahawa:-

(1) Pendidikan telah dijadikan ‘perniagaan’ dalam Sistem Kapitalisme, jadi kos pendidikan menjadi tanggung jawab individu dan ibu bapa. Ini menyebabkan pelajar terpaksa meminjam wang untuk membiayai pendidikan mereka. Walhal pendidikan sepatutnya menjadi tanggung jawab negara.

(2) Wujudnya pemikiran pihak tertentu yang menubuhkan PTPTN untuk mengaut keuntungan dari para pelajar, yang mana mereka ini adalah para Kapitalis yang cuba menghalalkan riba dengan menamakannya sebagai Caj Perkhidmatan, supaya menjadi halal mengikut perspektif Islam (helah riba).

(3) Pemberian fatwa yang mengelirukan dan bercanggah dalam kenyataannya di antara satu sama lain, dan tidak ada kejelasan dari segi akadnya, hanya menjadikan Islam sebagai alat menempel (kepada sistem Kapitalis), bukannya mengetengahkan Islam sebagai satu sistem yang sama sekali berlainan dengan sistem kufur yang ada. Sesungguhnya fatwa yang sepatut dikeluarkan adalah “pendidikan di dalam Islam adalah percuma dan wajib disediakan oleh kerajaan”.

Isu Caj ini adalah simptom dari sistem kapitalis dan pemikiran kapitalis, yang dianuti oleh masyarakat, ulama dan pemerintah itu sendiri, inilah masalah sebenarnya. Insya Allah dai dalam Daulah Khilafah nanti, isu PTPTN ini tidak muncul kerana pembiayaan pendidikan adalah tanggung jawab negara, dan pinjaman ribawi pastinya tidak akan wujud sama sekali. Semoga tulisan ini memberi panduan kepada seluruh umat Islam, khususnya para pelajar yang terlibat.

sumber dr MyKhilafah.

11/04/2008

HUKUM DERMA ORGAN

Ramadhan lepas, banyak isu yang telah menjadi perbualan hangat seluruh rakyat Malaysia. Antaranya ialah kes Tee Hui Yee, 14 yang telah setahun menjalani hidup dengan jantung mekanikal. Mungkin nasibnya selama ini tidak pernah dihiraukan, namun setelah Utusan Malaysia melancarkan usaha untuk mendapatkan jantung bagi Hui Yee, maka banyak pihak yang tampil untuk menunjukkan keprihatinan masing-masing, termasuklah Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Siapa sangka seorang gadis malang yang tidak pernah mendapat perhatian dari negara, tiba-tiba apabila kisahnya muncul di dada-dada akhbar, ia terus menjadi tumpuan utama. Selain mendapat simpati orang ramai, satu isu penting yang timbul di kalangan rakyat Malaysia, khususnya umat Islam adalah isu hukum derma organ, yang sehingga sekarang masih diperkatakan, apatah lagi kerana ia melibatkan orang Islam dan bukan Islam. Mengulas mengenai hal ini, Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainal Abidin berkata, dakwaan bahawa menderma organ kepada orang bukan Islam adalah sia-sia kerana tidak menjanjikan pahala adalah tidak benar sama sekali. “Surah Al-Baqarah ayat 272 antara lain membawa maksud pendermaan organ kepada bukan Islam tetap dijanjikan pahala kerana ia dilakukan atas dasar membantu mereka yang memerlukan dan untuk menyelamatkan nyawa,” katanya [UM 02/10/07].

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdullah Md Zin berkata, umat Islam tidak harus ragu-ragu untuk menderma organ bagi membantu golongan yang malang kerana ia tidak bercanggah dengan ajaran Islam dan adalah diharuskan. “Kita telah memfatwakan pemindahan jantung dan organ lain termasuk mata dalam muzakarah jawatankuasa fatwa pada 1 dan 2 Oktober 1970 dan telah dibincangkan lagi pada tahun 1973,” ujar beliau [UtusanOnline 05/10/07]. Bekas Penasihat Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz pula berkata, pendermaan organ perlu dilihat sebagai satu amalan dan perbuatan baik. “Jika seseorang itu kurang beramal dan mengumpulkan bekalan untuk ke akhirat, maka dermakanlah organ terutama kornea mata dan jantung. “Saya berharap waris-waris terdekat membenarkan organ-organ anggota keluarga mereka yang meninggal dunia terutama dalam kes kemalangan didermakan secara sukarela,” katanya. Penyelaras Pemindahan Jantung dan Paru-Paru Institut Jantung Negara (IJN), Noor Salina Othman berkata, tiada satu pun agama dan undang-undang di dunia ini yang mengharamkan pendermaan organ. Beliau berkata, proses pendermaan organ juga dilakukan dengan begitu mudah bagi menyelamatkan berjuta-juta nyawa manusia di dunia [UM02/10/07]. Kementerian Kesihatan pula akan menguatkuasakan Akta Tisu Manusia 1974 tahun hadapan di mana apabila ianya berkuatkuasa nanti, waris atau keluarga penderma tidak boleh lagi menghalang organ penderma berdaftar. Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek berkata, ketika ini, jika terdapat bantahan atau halangan daripada mana-mana pihak, pihak hospital tidak dibenarkan mengambil organ daripada tubuh penderma. “Dengan akta itu, penderma organ berdaftar yang berusia lebih dari 18 tahun berhak untuk mendermakan organ tanpa boleh dihalang oleh mana-mana pihak lagi,” tegasnya [UM 09/10/07].

Untuk menjernihkan kefahaman umat Islam berkenaan isu ini, Sautun Nahdhah kali ini akan mengupas mengenai hukum derma organ secara terperinci dan diharap selepas ini tidak lagi timbul keraguan atau kekeliruan di kalangan kaum Muslimin berkenaannya. Secara ringkasnya, derma atau transplantasi organ adalah pemindahan organ tubuh dari seorang manusia kepada manusia yang lain dan ia boleh berlaku pada saat pendermanya masih hidup atau telah meninggal dunia. Justeru, hukum derma organ ini mestilah dilihat dari kedua-dua aspek ini dan tidak boleh sama-sekali terus meletakkan hukum, tanpa membincangkan kedua-dua perspektif ini:-

(1) Hukum Derma Organ Dari Penderma Yang Masih Hidup

Syara' membolehkan seseorang semasa hidupnya (dengan sukarela dan tanpa paksaan) untuk menderma atau menyumbangkan salah satu atau lebih dari organ tubuhnya kepada orang lain yang memerlukan, seperti tangan ataupun buah pinggang. Ini adalah kerana seseorang itu mempunyai hak yang syar’i ke atas organ-organnya. Ketentuan ini adalah berdasarkan adanya hak bagi seseorang yang tangannya terpotong atau matanya tercongkel akibat perbuatan orang lain, untuk mengambil diyat atau memaafkan orang lain yang telah memotong tangannya atau mencongkel matanya. Hakikat bahawa seseorang itu dibenarkan memberi maaf bagi tangannya yang terpotong atau matanya yang tercongkel, bermaksud dia boleh menderma atau melepaskan diyat (yang menjadi haknya). Kebolehan/kebenaran memaafkan (atau tidak mengambil) diyat ini menunjukkan bahawa seseorang itu memiliki hak ke atas diyat yang sekaligus bermaksud memiliki hak ke atas organnya. Oleh yang demikian, adanya hakmilik orang tersebut terhadap organ-organ tubuhnya bererti dia mempunyai hak untuk memanfaatkan organ-organ tersebut, termasuklah mendermakannya kepada orang lain yang memerlukan organ tersebut. Allah Subhanahu wa Ta’ala telah membolehkan memberi maaf dalam masalah qisas dan diyat, di mana firmanNya, “Maka barangsiapa yang mendapat suatu pemaafan dari saudaranya, hendaklah (yang memaafkan) mengikuti dengan cara yang baik, dan hendaklah (yang diberi maaf) membayar (diyat) kepada yang memberi maaf dengan cara yang baik (pula). Yang demikian itu adalah suatu keringanan dari Tuhan kalian dan suatu rahmat." [TMQ Al-Baqarah (2):178]

Walaupun pada asasnya derma organ dalam keadaan di atas dibolehkan (harus), namun ada beberapa keadaan di mana ia boleh menjadi haram:-

(i) Syarat yang membolehkan derma organ pada saat seseorang masih hidup, ialah bahawa organ yang didermakan itu hendaklah bukan merupakan organ penting (vital) yang menentukan kelangsungan hidup pihak yang menderma seperti jantung, seluruh hati dan kedua paru-paru. Hal ini adalah kerana pendermaan organ-organ tersebut akan mengakibatkan kematian orang yang menderma yang bererti dia telah membunuh dirinya sendiri sedangkan adalah haram bagi seseorang membunuh dirinya sendiri atau meminta dengan sukarela kepada orang lain untuk membunuh dirinya, sebagaimana firman Allah, "Dan janganlah kalian membunuh diri-diri kalian." [TMQ An-Nisaa' (4):29]. Allah juga berfirman, “...dan janganlah kalian membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan sesuatu (sebab) yang benar.” [TMQ Al-An'aam (6):151]. Keharaman membunuh orang yang diharamkan Allah (untuk membunuhnya) ini mencakup membunuh orang lain dan membunuh diri sendiri. Imam Muslim meriwayatkan dari Tsabit bin Adh-Dhahaak r.a yang mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “...dan siapa saja yang membunuh dirinya sendiri dengan sesuatu (alat/sarana), maka Allah akan menyiksa orang tersebut dengan alat/sarana tersebut dalam neraka Jahannam.” [HR Muslim].

(ii) Demikian pula seorang lelaki tidak dibolehkan menderma dua testis (zakar), meskipun hal ini tidak akan menyebabkan kematiannya. Ini adalah kerana Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah melarang pengebirian/kasi (al-khisha'), yang akan menyebabkan kemandulan. Imam Bukhari meriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud r.a, dia berkata, “Kami dahulu pernah berperang bersama Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam sementara kami tidak mempunyai isteri-isteri. Kami bertanya, ‘Wahai Rasulullah bolehkah kami melakukan pengebirian?’ Maka beliau melarang kami untuk melakukannya.” [HR Bukhari]

Hukum ini dapat diterapkan juga untuk pendermaan sebiji testis, sekalipun hal ini tidak akan membuat pendermanya menjadi mandul. Ini adalah kerana sel-sel kelamin yang terdapat dalam organ-organ reproduktif (iaitu sperma pada lelaki dan ovari/telur pada perempuan) merupakan elemen yang dapat menghasilkan anak. Di dalam testis terdapat sel-sel yang menghasilkan sperma kerana hakikatnya testis adalah kilang penghasil sel sperma. Dan testis akan tetap menjadi kilang sperma, baik testis itu tetap berada pada pemiliknya atau pada orang yang menerima transplantasi testis dari orang lain. Atas dasar itu, maka kromosom anak-anak dari penerima transplantasi testis, sebenarnya berasal dari orang yang menderma testis, sebab testis yang telah dia dermakan itulah yang sebenarnya telah menghasilkan sel-sel sperma yang akhirnya menjadi anak. Kerana itu, anak-anak yang dilahirkan akan mewarisi sifat-sifat dari penderma testis dan tidak akan mewarisi sifat-sifat penerima sumbangan testis. Dalam kes ini, secara biologinya, penderma testislah yang menjadi bapa kepada anak-anak yang dilahirkan. Maka dari itu, tidak dibolehkan (haram) menderma samada sebiji mahupun dua biji testis.

Ringkasnya, menderma dua buah testis akan menyebabkan kemandulan penderma dan menderma satu atau dua biji testis akan menimbulkan pencampuradukan dan hilangnya nasab. Islam telah mengharamkan hal ini kerana pada hakikatnya Islam memerintahkan pemeliharaan nasab. Imam Ibnu Majah meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a, dia mengatakan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Barangsiapa yang menasabkan (keturunan) kepada orang yang bukan ayahnya, atau yang berwali bukan kepada walinya, maka dia akan mendapat laknat dari Allah, para malaikat, dan seluruh manusia.” [HR Ibnu Majah]. Imam Ibnu Majah juga meriwayatkan dari Utsman An-Nahri r.a, di mana dia mendengar Sa'ad dan Abu Bakrah masing-masing berkata yang mereka telah mendengar dan memahami sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bahwa, “Siapa saja yang mengakui (sebagai anak) kepada orang yang bukan bapanya, padahal dia tahu bahawa orang itu bukan bapanya, maka syurga adalah haram baginya.” [HR Ibnu Majah]

Demikian pula Islam telah melarang seorang wanita memasukkan ke dalam kaumnya nasab yang bukan dari kaumnya, dan melarang seorang lelaki menafikan anaknya sendiri. Imam Ad-Darimi meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa dia mendengar Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda tatkala turun ayat tentang li'an (menuduh isteri berzina), “Mana-mana perempuan yang memasukkan kepada suatu kaum, nasab (seseorang) yang bukan dari kalangan kaum itu, maka dia (perempuan itu) tidak lagi bernilai di sisi Allah dan Allah tidak akan memasukkannya ke dalam syurga. Dan mana-mana lelaki yang menafikan anaknya sendiri sedangkan dia mengetahuinya, maka Allah tidak akan menampakkan DiriNya kepadanya dan Allah akan mendedahkan perbuatannya itu di hadapan orang-orang yang terdahulu mahupun yang terkemudian (pada Hari Kiamat).” [HR Ad-Darimi]

(2) Hukum Derma Organ dari Penderma Yang Telah Meninggal

Hukum derma atau tranplanstasi organ dari seseorang yang telah mati berbeza dengan hukum derma organ dari seseorang yang masih hidup. Sebelum meletakkan hukumnya (samada syara’ membenarkan atau tidak), kita mestilah terlebih dahulu mengkaji hukum pemilikan tubuh mayat, hukum kehormatan mayat dan hukum keadaan darurat.

(i) Mengenai hukum pemilikan tubuh (mayat) seseorang yang telah meninggal, pendapat yang terkuat menyatakan bahawa tubuh orang tersebut tidak lagi dimiliki oleh sesiapa pun. Ini adalah kerana dengan meninggalnya seseorang, sebenarnya dia tidak lagi memiliki atau berkuasa terhadap sesuatu apapun, samada terhadap hartanya, tubuhnya, anaknya ataupun isterinya. Oleh kerana itu dia tidak lagi berhak memanfaatkan tubuhnya, sehingga dia tidak berhak pula untuk menyumbangkan salah satu organ tubuhnya atau mewasiatkan pendermaan organ tubuhnya. Hal ini umpama dia (simati) tidak boleh mewasiatkan anak atau isterinya untuk berkahwin dengan sesiapa sahaja yang dia (simati) kehendaki, kerana dia (simati) sudah tidak memiliki hak ke atas anak atau isterinya setelah kematiannya. Berdasarkan hal ini, maka seseorang yang sudah mati tidak dibolehkan menderma organ tubuhnya dan tidak dibenarkan pula berwasiat untuk mendermakannya. Wasiat hanya boleh dilakukan terhadap perkara yang seseorang mempunyai hak ke atasnya sahaja dan hak ini hanya didapati dari nas, bukan datangnya dari pertimbangan akal atau kehendak sendiri.

Adapun mengenai keharusan mewasiatkan sebahagian hartanya, sekalipun harta bendanya sudah berada di luar kepemilikannya sejak dia meninggal, hal ini diperbolehkan kerana Asy-Syaari' (Allah) telah mengizinkan seseorang untuk mewasiatkan sebahagian hartanya (tidak lebih sepertiga) dan adanya izin dari Allah ini hanyalah khusus untuk masalah harta benda dan tidak mencakup hal-hal lain. Izin ini juga tidak mencakup pewasiatan tubuhnya. Oleh kerana itu dia tidak berhak berwasiat untuk menderma organ tubuhnya setelah kematiannya. Satu-satunya ‘hak’ yang ada ke atas tubuh (mayat) adalah untuk dikebumikan.

Mengenai hak yang ada pada ahli waris, maka Allah Subhanahu wa Ta’ala hanya mewariskan kepada mereka harta benda si mati, bukan tubuhnya. Dengan demikian, para ahli waris tidak berhak menderma atau menyumbangkan mana-mana organ tubuh si mati, kerana mereka tidak memiliki tubuh si mati, sebagaimana mereka juga tidak berhak memanfaatkan tubuh si mati tersebut (seperti menjual, menyewa, membedah atau memakan daging/organ dari tubuh tersebut). Ini adalah kerana syarat sah menderma sesuatu benda, adalah bahawa pihak penderma tersebut mestilah berstatus sebagai pemilik yang sah dari benda yang akan didermakan, dan bahawa dia mempunyai hak untuk memanfaatkan benda tersebut. Dan apabila hak mewarisi dan memanfaatkan tubuh si mayat tidak dimiliki oleh para ahli waris, maka hak pemanfaatan tubuh si mati sudah barang pasti tidak pula dipunyai oleh selain ahli waris, bagaimanapun juga kedudukan atau status mereka. Kerana itu, seorang doktor atau penerima derma atau pemerintah sekalipun tidak berhak memanfaatkan (seperti membedah, mengeluarkan, memindahkan atau menggunakan) salah satu organ tubuh seseorang yang sudah meninggal. Berdasarkan nas-nas yang jelas, tanggungjawab orang yang hidup (dan hak ke atas mayat) hanyalah untuk menguruskan jenazah (dari mandi, kafan, solat dan tanam) dengan cara yang baik dan sempurna.

(ii) Adapun mengenai hukum kehormatan ke atas mayat dan penganiayaan terhadapnya, maka Allah Subhanahu wa Ta’ala telah menetapkan bahawa mayat mempunyai kehormatan yang wajib dipelihara sebagaimana kehormatan orang yang hidup. Dan Allah telah mengharamkan perlanggaran terhadap kehormatan mayat sebagaimana perlanggaran terhadap kehormatan orang hidup. Allah menetapkan bahawa menganiaya mayat sama saja dosanya dengan menganiaya orang yang hidup. Diriwayatkan dari A'isyah Ummul Mu'minin r.a bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Memecahkan tulang mayat itu sama dengan memecahkan tulang orang yang hidup.” [HR Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Hibban]. Imam Ahmad meriwayatkan dari 'Amar bin Hazm Al Anshari r.a, dia berkata, ‘Rasulullah pernah melihatku sedang bersandar pada sebuah kuburan, beliau lalu bersabda, “Janganlah kamu menyakiti penghuni kubur itu.” [HR Ahmad]. Imam Muslim dan Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, dia berkata bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda, “Sungguh jika seorang dari kalian duduk di atas bara api yang membakarnya, nescaya itu lebih baik baginya daripada dia duduk di atas kuburan.” [HR Muslim dan Ahmad].

Hadis-hadis di atas secara jelas menunjukkan bahawa mayat mempunyai kehormatan sebagaimana orang yang hidup. Begitu pula melanggar kehormatan dan menganiaya mayat adalah sama dengan melanggar kehormatan dan menganiaya orang hidup. Dan sebagaimana tidak boleh menganiaya orang hidup dengan membedah perutnya, atau memenggal lehernya, atau mencongkel matanya, atau memecahkan tulangnya, maka begitu pulalah segala penganiayaan tersebut tidak boleh dilakukan terhadap mayat. Sebagaimana haram menyakiti orang hidup dengan mencaci maki, memukul, atau melukainya, maka demikian pula segala perbuatan ini haram dilakukan terhadap mayat. Tindakan mencongkel mata mayat, membedah badannya untuk diambil jantungnya, atau ginjalnya, atau hatinya, atau paru-parunya, untuk didermakan kepada orang lain, dapat dianggap sebagai menyakiti mayat. Padahal Islam telah melarang perbuatan ini dengan jelas. Dari Abdullah bin Zaid Al Anshari ra, dia berkata, “Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah melarang (mengambil) harta hasil rampasan dan mencincang (mayat musuh).” [HR Bukhari]. Imam Ahmad, Imam Ibnu Majah, dan Imam An Nasai meriwayatkan dari Safwan bin 'Asaal r.a, dia berkata, ‘Rasulullah telah mengutus kami dalam sebuah sariyah (divisyen), lalu beliau bersabda, “Majulah kalian dengan nama Allah dan di jalan Allah. Maka perangilah orang-orang yang kafir terhadap Allah, dan janganlah kalian mencincang (mayat musuh), melakukan pengkhianatan dan membunuh anak-anak.”

Dengan penjelasan fakta hukum mengenai perlanggaran kehormatan mayat dan penganiayaan terhadapnya ini, maka jelaslah bahawa tidak dibolehkan (haram) membedah mayat dan mengambil mana-mana organnya untuk didermakan kepada orang lain. Ini adalah kerana tindakan tersebut dianggap sebagai perlanggaran terhadap kehormatan mayat serta merupakan penganiayaan dan pencincangan terhadapnya sedangkan melanggar kehormatan mayat dan mencincangnya telah diharamkan secara pasti oleh syara'.

(iii) Mengenai keadaan darurat, perlu difahami bahawa darurat adalah satu keadaan di mana Allah membolehkan seseorang yang terpaksa (yang tiada makanan dan nyawanya terancam) untuk memakan makanan yang diharamkan Allah, seperti bangkai, darah, daging babi, dan lain-lain. Jadi, persoalannya, apakah dalam keadaan seperti ini dibolehkan memindahkan salah satu organ tubuh mayat untuk menyelamatkan nyawa orang lain atas alasan hidupnya bergantung pada organ yang akan dipindahkan kepadanya? Untuk menjawab pertanyaan ini harus diketahui terlebih dahulu hukum darurat sebagai syarat awal untuk dapat mengetahui hukum derma organ dari orang yang sudah mati kepada orang lain yang memerlukannya. Mengenai hukum darurat, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman, “Sesungguhnya Allah mengharamkan bagi kalian bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah. Tetapi barangsiapa dalam keadaaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa atasnya.” [TMQ Al-Baqarah (2):173]

Dalam ayat ini Allah menjelaskan bahawa orang yang terpaksa (darurat) boleh memakan makanan haram apa saja yang didapatinya, sehingga dia dapat memenuhi keperluannya dan meneruskan hidupnya. Jadi, berdasarkan ayat ini, persoalannya, dapatkah hukum darurat tersebut diterapkan (dengan jalan qiyas/analogi) pada fakta derma organ dari orang yang sudah mati kepada orang lain yang memerlukannya atas alasan ia dapat menyelamatkan nyawanya? Jawabannya perlu diperhatikan betul-betul, sebab syarat penerapan hukum qiyas dalam masalah ini ialah bahawa 'illat (punca disyariatkan hukum) yang ada pada masalah yang hendak diqiyaskan (iaitu derma organ) harus juga terdapat pada masalah pokok yang menjadi sumber qiyas (iaitu keadaan darurat bagi orang yang kehabisan bekal makanan) baik pada 'illat yang sama, mahupun pada jenis 'illatnya. Hal ini adalah kerana qiyas melibatkan penerapan hukum masalah pokok pada hukum masalah cabang, yang mempunyai persamaan 'illat. Maka jika 'illat masalah cabang tidak sama sebagaimana pada masalah pokok (dalam sifat keumumannya atau kekhususannya) maka bererti 'illat masalah pokok tidak terdapat pada masalah cabang. Ini bererti hukum masalah pokok tidak dapat diterapkan pada masalah cabang.

Dalam kaitannya dengan masalah derma organ, organ yang didermakan boleh berupa organ penting yang diduga kuat akan dapat menyelamatkan nyawa, seperti jantung, hati, dua ginjal, dan dua paru-paru. Organ tersebut juga boleh berupa organ penting yang tidak ada kaitan dengan alasan menyelamatkan nyawa, seperti dua biji mata, salah satu ginjal, tangan, kaki, dan sebagainya. Mengenai organ yang tidak ada kena-mengena dengan penyelamatan nyawa di mana ketiadaannya tidak akan membawa kematian, 'illat masalah pokok (iaitu menyelamatkan nyawa) tidak terwujud pada masalah cabang ini (derma organ). Oleh itu, hukum darurat tidak dapat diterapkan di sini. Dengan kata lain, hujah darurat tidak boleh digunakan. Atas dasar ini, maka menurut syara' tidak dibolehkan (haram) memindahkan mata, satu ginjal (untuk dipindahkan kepada orang yang masih mempunyai satu ginjal yang sihat), tangan, atau kaki, dari orang yang sudah meninggal kepada orang lain yang memerlukannya, atas alasan darurat.

Bagi organ yang diduga kuat akan dapat menyelamatkan nyawa, maka ada dua hal yang mesti diperhatikan di sini:-

Pertama: 'Illat yang terdapat pada masalah cabang (derma organ), iaitu menyelamatkan nyawa, tidak selalu dapat dipastikan kewujudannya, berbeza halnya dengan keadaan darurat pada masalah pokok. Ini adalah kerana tindakan orang yang terpaksa (darurat) untuk memakan makanan yang diharamkan Allah akan secara pasti menyelamatkan nyawanya. Sedangkan di dalam kes derma organ (jantung, hati, dua paru-paru, atau dua ginjal), tidak secara pasti akan menyelamatkan nyawa orang penerima organ. Ada kemungkinan nyawanya dapat diselamatkan dan ada kemungkinan tidak. Ini dapat dibuktikan dari rekod perubatan itu sendiri terhadap fakta yang terjadi pada orang-orang yang telah menerima transplantasi organ. Lainlah sekiranya fakta membuktikan bahawa nyawa orang yang didermakan organ itu secara pasti akan selamat, sebagaimana kes memakan benda haram yang secara pasti akan dapat menyelamatkan nyawa.. Kerana itu, 'illat pada masalah cabang (derma organ) sebenarnya tidak terwujud dengan sempurna.

Kedua: Ada juga syarat lain dalam syarat-syarat masalah cabang mengenai qiyas - tidak dibenarkan ada nas/dalil yang lebih kuat yang bertentangan dengannya (ta'arudh raajih), berlawanan dengan apa yang dikehendaki oleh 'illat qiyas. Dalam hal ini, bagi masalah cabang (derma organ), telah terdapat nas/dalil yang lebih kuat yang berlawanan dengan apa yang dikehendaki oleh 'illat qiyas itu sendiri, iaitu keharaman melanggar kehormatan mayat, atau keharaman menganiaya atau menyakiti mayat. Nas yang lebih kuat ini (sebagaimana yang diterangkan di atas) adalah berlawanan dengan apa yang dikehendaki oleh 'illat masalah cabang, iaitu kebolehan melakukan derma organ. Oleh itu, tidak boleh menerapkan 'illat qiyas di sini, di mana telah wujud dalil khusus yang mengharamkan menyakiti mayat, walau dalam keadaan apa sekalipun.

Berdasarkan penerangan di atas, maka haram hukumnya menderma mana-mana organ tubuh pun dari orang yang telah mati. Orang yang sudah mati adalah terpelihara darahnya (ma'sumud dam), tidak kira dia seorang Muslim, ataupun seorang kafir dzimmi (kafir warganegara Daulah Islam) atau pun kafir mu'ahid (kafir warganegara lain yang ada perjanjian dengan Daulah Islam) ataupun kafir musta'min (kafir warganegara lain yang mendapat jaminan keamanan masuk ke dalam Daulah Islam). Justeru, umat Islam amnya dan para ulama khususnya dinasihatkan agar benar-benar kembali kepada nas/dalil di dalam menentukan boleh atau tidak menderma organ, bukannya menetapkan hukum berdasarkan emosi, kepentingan, publisiti atau akal semata-mata, dan umat Islam tidak sewajarnya hanya bertaklid buta dengan harapan (dan kefahaman) bahawa, jika berlaku suatu kesalahan, maka dosa akan ditanggung oleh orang lain. Wallahu a’lam.

10/14/2008

Hukum Islam Diwajibkan Ke Atas Umat Manusia

Mukadimah tahun baru 2008 dibuka dengan berita sensasi senario politik negara yang melibatkan rakaman cakera video digital (DVD) skandal seks Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dengan seorang wanita. Ramai yang melihat keadaan ini sebagai suatu tamparan hebat kepada parti BN, khususnya di saat-saat pilihan raya yang semakin hampir. Naib Presiden MCA itu telah membuat pengakuan secara terbuka bahawa beliau adalah orang yang terlibat dalam aksi hubungan seks bersama seorang wanita yang diakuinya sebagai ‘kawan baik’. Salinan DVD perlakuan seks itu sebelum ini diedarkan secara meluas di Johor, khususnya di Batu Pahat dan Muar. Bagaimanapun, di sebalik pengakuan terbuka tersebut, Menteri Kesihatan itu menegaskan, beliau tidak akan melepaskan jawatannya dalam kerajaan dan parti [UM 01/01/08]. Namun, sehari selepas itu, Chua Soi Lek telah mengumumkan peletakan semua jawatannya sama ada di dalam kerajaan mahupun dalam MCA. Ini adalah kes yang pertama seumpamanya di Malaysia di mana seorang menteri mengaku mengadakan hubungan seks luar nikah (berzina) secara terbuka.

Kisah skandal seks di kalangan menteri atau pun orang-orang politik bukanlah suatu yang baru di Malaysia, tidak kiralah samada ia melibatkan orang Islam atau bukan Islam. Sebab itulah kisah Chua Soi Lek ini, walaupun agak menggemparkan, tidaklah memeranjatkan. Apa yang ‘baru’ di sini ialah pengakuan secara terbuka yang dibuat oleh Soi Lek. Juga, suatu yang baru apabila ramai penyokong Soi Lek yang memberikan sokongan dan dorongan kepada beliau, malah beliau dilayan sebagai seorang ‘hero’ kerana pengakuannya ini. UMNO bahagian Labis awal-awal lagi turut serta dalam memberi semangat dan sokongan padu kepada beliau, diikuti pula oleh tidak kurang ramainya ahli-ahli politik BN, termasuk menteri yang memuji tindakan berani Soi Lek ini. Masya Allah! Seorang penzina yang telah mengaku secara terang-terang melakukan perbuatan kejinya, kini dianggap dan dilayan sebagai seorang hero, hanya kerana ‘pengakuan ikhlas dan berani’ yang dibuatnya. Di manakah pertimbangan manusia, khususnya mereka yang beragama Islam di dalam masalah ini? Ada juga di kalangan umat Islam yang melihat bahawa isu ini hanyalah satu kesalahan moral atau kesalahan peribadi orang yang terlibat kerana apa yang dilakukan oleh Soi Lek (berzina) itu ‘dibolehkan’ oleh agamanya (tidak ada hukuman). Pandangan ini sejajar dengan pandangan Perdana Menteri Malaysia yang menyifatkan ‘...apa yang berlaku adalah berkaitan (hal) peribadi beliau’ [UM 02/01/08].

Pengakuan zina, tidak kiralah dilakukan oleh siapa pun, baik seorang menteri atau pun rakyat, baik lelaki ataupun perempuan, baik Muslim ataupun non-Muslim, adalah satu perkara yang wajib diperhatikan oleh setiap Muslim, apatah lagi pemerintah. Dalam pandangan Islam, zina adalah satu perbuatan yang keji dan merupakan satu kesalahan yang wajib dihukum (hudud), tidak kiralah pelakunya seorang yang berpangkat besar atau kecil atau seorang yang tidak berpangkat sekalipun. Pemerintah malah wajib memerhatikan hal ini dengan lebih serius kerana mereka adalah orang yang sepatutnya menjalankan hukum (hudud) ke atas penzina ini. Malangnya pemerintah hanya menganggap kes zina ini adalah kesalahan moral ataupun hal peribadi sahaja! Sebahagian besar umat Islam juga mempunyai tanggapan dan pemahaman yang salah tentang (hukuman) zina yang dilakukan oleh orang kafir, sehingga mereka tidak memandang kes ini wajib diselesaikan dengan hukum Islam.

Apakah Orang Kafir Terkena Hukum Islam?

Persoalan sama ada orang kafir terkena hukum Islam atau tidak sebenarnya tidak pernah timbul dalam benak kaum Muslimin generasi awal mahupun generasi setelahnya. Kaum Muslimin dahulu benar-benar faham bahawa satu-satunya hukuman yang wajib ke atas manusia adalah hukum Allah. Allah adalah Pencipta manusia dan Allah-lah Yang Maha Mengatur dan Maha Menghukum. Inilah yang difahami dan diterapkan oleh umat Islam berabad-abad lamanya. Namun, setelah kelemahan berfikir melanda umat Islam dan negeri-negeri kaum Muslimin satu per satu jatuh ke tangan penjajah kuffar, maka di negeri-negeri kaum Muslimin ini telah diterapkan sistem kufur/sekular penjajah. Setelah mereka memberi kemerdekaan kepada negeri-negeri ini, pemimpin sekular yang telah dilantik oleh kuffar penjajah ini tetap meneruskan undang-undang kufur penjajah di samping sedikit penerapan undang-undang Islam dalam hal ibadat dan kekeluargaan sahaja. Hasilnya, kaum Muslimin, termasuklah golongan ulama telah terbiasa dan ‘terbius’ dengan kefahaman bahawa undang-undang Islam hanyalah untuk orang-orang Islam sahaja, manakala orang-orang kafir dibiarkan mengamalkan undang-undang kafir. Betapa terpesongnya pemikiran di kalangan ulama ini, sehingga ada antara mereka yang beranggapan bahawa undang-undang kufur (yang dibuat oleh negara) tetap terpakai ke atas umat Islam manakala orang kafir pula sekali-kali tidak boleh dikenakan undang-undang Islam ke atas mereka. Apatah lagi di dalam sebuah negara yang bermasyarakat majmuk, para pemimpin dan ulama yang ada terus ‘dikuasai’ oleh pemikiran kufur bahawa undang-undang Islam tidak boleh dilaksanakan ke atas orang-orang kafir, bukan setakat kerana ia tidak terpakai, malah tidak boleh dilaksanakan kerana perlu ‘menjaga hati’ orang kafir. Inilah di antara kejayaan kuffar Barat di dalam memasukkan racun sekular mereka ke dalam tubuh umat Islam.

Setelah sistem demokrasi-pilihan raya diperkenalkan oleh Barat ke atas negeri-negeri umat Islam dan setiap orang kafir diberi hak mengundi untuk memilih wakil rakyat, maka para pemimpin dan ulama Islam terjerat sekali lagi di mana untuk mereka meraih pemerintahan, mereka mesti mendapat sokongan/undi dari orang kafir, maka ‘hati’ orang kafir perlu dijaga agar menyokong/mengundi mereka. Oleh sebab sebahagian besar orang kafir (sekarang) tidak mahu atau tidak suka kepada undang-undang Islam, maka usaha-usaha dilakukan untuk memberi kefahaman kepada orang kafir bahawa undang-undang Islam tidak terkena ke atas mereka. Jadi, tidak hairanlah jika ramai di kalangan umat Islam yang, walaupun sayangkan Islam, namun oleh kerana sudah lama hidup dalam sistem sekular di mana racun ini sudah menjadi sebati dalam diri mereka, memahami bahawa hukum Allah ini hanyalah untuk orang Islam semata-mata, manakala orang kafir tidak terkena hukum Allah, tetapi diberi alternatif. Mereka menyatakan bahawa perlaksanaan hukum hudud, qisas dan ta'zir hanya dikenakan ke atas orang Islam sahaja manakala penduduk bukan Islam diberi pilihan sama ada hendak menerima hukum tersebut atau tetap berhukum dengan hukum kufur. Untuk menyokong pendapat ini, mereka beristidlal dengan firman Allah,

“Jika mereka datang kepadamu (untuk meminta keputusan), maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka, atau berpalinglah dari mereka. Jika kamu berpaling dari mereka, maka mereka tidak memberi mudharat kepadamu sedikitpun. Dan jika kamu memutuskan perkara mereka, maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka dengan adil. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang adil” [TMQ al-Maidah (5):42].

Mereka seterusnya menafsirkan ayat ini bahawa Allah memberi pilihan kepada orang kafir sama ada untuk menerima hukum hudud, qisas dan ta'zir atau memilih untuk berhukum dengan hukum mereka (hukum kufur). Lafaz “fa in ja’uka fahkum bainahum au a’ridh anhum” (jika mereka datang kepada mu, maka putuskanlah di antara mereka atau berpaling dari mereka) mereka tafsirkan sebagai ‘pilihan’ yang diberi kepada ‘orang kafir’ sama ada untuk berhukum dengan hukum Islam atau pun hukum kufur. Oleh yang demikian, mereka telah menyatakan bahawa orang kafir yang tinggal dalam negara Islam tidak terkena hukum Islam, kecuali orang kafir itu sendiri memilih untuk berhukum dengan hukum Islam.

Mengkaji dengan teliti dari aspek mafhum, mantuq dan juga asbabunuzul ayat di atas, maka kita dapati bahawa tafsiran yang dibuat adalah amat salah dan mengelirukan. Dari segi lafaz itu sendiri, kita memahami bahawa:

(i) Allah memberi pilihan kepada Rasulullah (sebagai Ketua Negara) bukannya kepada orang kafir; dan
(ii) Pilihan yang diberi itu adalah sama ada untuk menghukum orang kafir (fahkum) dengan hukum Islam atau berpaling dari mereka (a’ridh), bukannya pilihan untuk berhukum dengan hukum Islam atau berhukum dengan hukum kufur. ‘Berpaling’ maksudnya tidak menghukum (membiarkan) mereka.

Secara ringkasnya dapat kita simpulkan bahawa ayat ini ditujukan kepada Rasulullah (sebagai Ketua Negara) dan Allah memberi dua alternatif kepada Rasul sama ada ingin menghukum kesalahan mereka dengan hukuman Allah atau membiarkan mereka tanpa dihukum. Untuk menjelaskan lagi perkara ini, kita boleh melihat pandangan beberapa ulama muktabar berkenaan dengan hukum fiqh yang mereka istinbat dari ayat ini:-

Ibnu Kathir menyatakan: Jika mereka (orang kafir) datang kepada kamu (iaitu) untuk meminta pengadilan dari kamu, maka hakimilah antara mereka, atau biarkan mereka. Jika kamu berpaling daripada mereka, maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikit pun. Maka tidak mengapa untuk kamu tidak mengadili persengketaan di antara mereka kerana sebenarnya mereka tidak berniat untuk berhukum kepada kamu berdasarkan hak, tetapi mereka inginkan apa yang sesuai dengan hawa nafsu mereka [Ibnu Kathir, Tafsir Al-Quran Al-Azhim]. Qusairy menyatakan: Tidak wajib ke atas kita untuk mengadili di antara mereka bila mereka bukan kafir zimmi tetapi kita boleh mengadili mereka jika kita mahu [Imam Al-Qurthubi, Al-Jami’li Akhamil Quran]. Sa'id bin Jubair menjelaskan: Jika mereka (orang Yahudi) datang kepadamu (untuk meminta keputusan), maka putuskanlah (perkara itu) di antara mereka atau berpalinglah dari mereka. Dalam ayat ini Allah memberikan keluasan bagi seorang hakim untuk memilih antara memutuskan perkara mereka atau tidak menghukum, dan membiarkannya terkontang-kanting [Ibnu Jawzi, Nawasikhul Qur’an].

Dari aspek asbabun nuzul ayat di atas, kita akan lebih memahami maksud ayat tersebut dengan benar apabila melihat kepada sebab penurunan ayat ini di tambah dengan memahami kedudukan/aspek geo-politik orang kafir (Yahudi) yang disebutkan di dalam ayat tersebut. Imam Sayuthi menjelaskan,

“Seorang lelaki dari suku Yahudi di Fadak telah berzina, lalu orang-orang Fadak menulis surat kepada Yahudi di Madinah supaya bertanya kepada Muhammad Sallallahu ‘alihi wa Sallam tentang hukum orang yang berzina itu. Jika Muhammad memerintah untuk disebat, maka terimalah, tetapi jika Muhammad memerintah untuk direjam, maka tolaklah. Orang Yahudi bertanya dan Rasulullah Sallallahu ‘alihi wa Sallam pun menjawab akan mereka, lalu sebagaimana dinyatakan di dalam hadis, turunlah ayat “Jika mereka datang kepadamu, maka hukumlah mereka atau berpaling dari mereka” [Imam Sayuthi, Tafsir Jalalain & Kitab Lubabunuqul Fi Asbabinuzul].

Kita perlu memahami bahawa Fadak adalah sebuah kota di utara Hijaz, tidak jauh dari Khaibar dan berada di luar dari Daulah Islam Madinah. Jauhnya 2-3 hari perjalanan menaiki unta dari Madinah. Kota ini sekarang telah ditukar namanya kepada Kampung Huwayyit (berkedudukan di luar Madinah). Jarak sebenar antara Madinah (24°27’U, 39°37’T) dan Huwayyit (25°35’U, 40°22’T) lebih kurang 150 km dengan pengukuran secara rentas. Berdasarkan hal ini, kita perlu faham bahawa Yahudi yang dimaksudkan dalam ayat di atas bukan Yahudi dari kafir zimmi (kafir yang tinggal dalam Daulah Islam) tetapi mereka adalah dari kelompok Yahudi yang tinggal di luar Madinah (bukan warganegara Daulah). Dengan kata lain, ayat di atas adalah khusus untuk kes kafir warga asing yang ingin berhukum dengan hukum Islam, bukannya ayat berkenaan kafir warganegara Daulah (kafir zimmi).

Di sini satu lagi kesalahan pihak yang menafsirkan ayat di atas apabila mereka tidak melihat akan fakta ini. Hukum ke atas kafir zimmi (kafir warganegara Daulah) berbeza dengan hukum ke atas kafir yang bukan warganegara Daulah. Oleh itu, adalah satu kesalahan fatal apabila menjadikan ayat ini sebagai dalil untuk menunjukkan bahawa kafir yang tinggal dalam negara (zimmi) tidak terkena hukum Allah. Kafir zimmi, sebagaimana yang akan kami terangkan nanti, adalah terikat dengan hukum Islam, tidak sebagaimana kafir yang bukan warganegara. Bagi kafir yang tinggal di luar Daulah Islam, tetapi mereka ingin berhukum dengan hukum Daulah (hukum Allah), maka Ketua Negara boleh memilih untuk menghukum mereka (dengan hukum Allah), atau membiarkan mereka (tidak menghukum). Tetapi Ketua Negara sekali-kali tidak dibenarkan menghukum mereka mengikut hukum mereka/kufur. Jika kita menghukum mereka mengikut hukum kufur, maka ini adalah satu dosa dan keharaman kerana kita telah berhukum bukan dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah. Seseorang itu boleh menjadi kafir, zalim atau fasik sekiranya tidak memutuskan hukum dengan apa yang Allah telah turunkan (lihat Surah al-Maidah [5]:44, 45 & 47).

Dalam banyak ayat lain lagi, Allah Subhanahu wa Ta’ala menjelaskan bahawa haram bagi orang Islam untuk memutuskan hukum selain dengan Kitabullah. FirmanNya, “Maka putuskanlah perkara atas mereka menurut apa yang Allah turunkan (hukum Islam), dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran (hukum Islam) yang telah datang kepadamu” [TMQ al-Maidah (5):48]. Allah juga berfirman, “Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu menghukum antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu” [TMQ an-Nisa (4):105]. Ayat-ayat ini berbentuk umum dan ada ayat yang mana Allah menggunakan lafaz “manusia” yang menerangkan kepada kita bahawa, dalam keadaan kita mengadili sesuatu kes atau ingin menghukum, maka hukum Allah-lah satu-satunya hukum yang wajib dilaksanakan ke atas semua manusia (bukannya ke atas orang Islam sahaja) dan langsung tidak ada kebenaran/perintah dari Allah untuk kita (orang Islam) berhukum atau menghukum manusia dengan hukum selain hukum Allah.

Kafir Zimmi Wajib Terikat Dengan Hukum Islam

Kewajiban melaksanakan hukum Islam ke atas kafir zimmi merupakan satu perkara yang teramat jelas di dalam Islam. Tidak ada khilaf di kalangan ulama tentangnya dan kafir zimmi yang telah hidup di dalam Daulah Islam selama lebih 13 abad pun mematuhi hal ini. Kita perlu memahami bahawa hukum Islam adalah hukum Negara, bukannya hukum ke atas individu Muslim sahaja. Contoh yang mudah sahaja seperti hukum potong tangan untuk si pencuri – ini adalah hukum negara di mana tidak kiralah sama ada pencuri itu Muslim atau kafir, maka wajib dipotong tangannya. Begitu jugalah dengan hukum rompak, bunuh, judi, riba, rogol, zina dan sebagainya. Hukum Islam adalah hukum yang wajib diterapkan oleh pemerintah ke atas setiap warganegara. Di dalam kehidupan Daulah Islamiyyah, orang-orang kafir zimmi (sesuai dengan akad zimmah dengan Negara Daulah) hanya dibolehkan menjalankan hukum-hakam yang berhubungan dengan akidah, ibadah, makanan, perkahwinan, kematian dan sejenisnya menurut hukum-hakam agama mereka, asalkan tidak menam¬pakkan syi'ar-syi'ar agama mereka di hadapan kaum Muslim. Namun, dalam perkara yang menyangkut hukum-hakam umum iaitu mua’malat dan uqubat (hudud, qisas, ta’zir dan mukhalafat), maka atas mereka (orang-orang kafir zimmi) diterapkan hukum¬-hakam Islam sepenuhnya. Sebenarnya kedudukan mereka sebagai warganegara Daulah Islamiyah adalah sama dengan kaum Muslimin dari aspek hak dan tanggungjawab sebagai warganegara. Surah al-Maidah (5):48 dan juga an-Nisa (4):105 di atas sudah cukup menunjukkan bahawa hukum-hukum Islam itu wajib dilaksanakan ke atas seluruh warga negara, sama ada Muslim mahupun kafir zimmi.

Teramat salahlah pandangan yang menyatakan bahawa kafir zimmi tidak terikat dengan hukum Islam. Sungguh jauh dari kebenaran pandangan ini dan teramat ganjil sekali. Apa tidaknya, istilah dan pengertian ‘zimmi’ itu sendiri bermaksud “perlindungan yang diberikan kepada mereka kerana ketundukan mereka kepada hukum-hakam Daulah (hukum Islam)”. Status ‘zimmi’ (perlindungan) diberikan kepada mereka sebagai balasan dari ‘jizyah’ yang mereka bayar kepada Daulah. Dan jizyah ini adalah hukum Islam, bukan hukum kufur. Jadi, bayaran jizyah yang dikenakan ke atas kafir zimmi ini adalah terlalu jelas dan nyata dan secara automatiknya menunjukkan kepada kita bahawa kafir zimmi wajib mengikut atau tunduk kepada hukum Islam. Dengan kata lain, jika kafir zimmi tidak tertakluk kepada hukum Islam, maka tidak perlulah mereka membayar jizyah. Dan hal ini demi Allah sesungguhnya tidak akan terjadi (kerana kafir zimmi wajib membayar jizyah dengan maksud mereka wajib tunduk kepada hukum Islam). Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

“Perangilah orang-orang yang tidak beriman kepada Allah dan tidak beriman kepada hari akhirat, dan mereka pula tidak mengharamkan apa yang telah diharamkan oleh Allah dan RasulNya, dan tidak beragama dengan ugama yang benar, iaitu dari orang-orang yang diberikan Kitab (kaum Yahudi dan Nasrani), sehingga mereka membayar jizyah dengan keadaan tunduk patuh” [TMQ at-Taubah (9):29].

Apabila orang-orang kafir zimmi menolak untuk dihukumi dengan hukum-hakam Islam, maka Khalifah wajib memaksa mereka untuk tunduk. Rasulullah Sallallahu ‘alihi wa Sallam pernah menulis surat kepada penduduk Najran yang beragama Nasrani, dengan kalimat yang amat tegas sekali, di mana sabda baginda, Kedudukan penduduk Najran waktu itu adalah sebahagian dari Daulah Islamiyyah. Selain ini, terdapat banyak hadis yang jelas menunjukkan bahawa orang-orang kafir yang hidup di dalam Daulah Islam adalah dihukum menurut hukum Islam atas kesalahan yang telah mereka lakukan. Dalam sebuah hadis riwayat dari Anas, “Sesungguhnya siapa saja di antara kalian yang melakukan transaksi (jual beli) dengan riba, maka tidak ada lagi perlindungan (zimmah) atasnya.”“Seorang Yahudi telah menyepit kepala seorang perempuan dengan dua buah batu. Kemudian ditanyakan kepadanya siapakah yang melakukannya? Ia menjawab, ‘sifulan atau sifulan’ dengan menyebut nama seorang Yahudi. Rasulullah Sallallahu ‘alihi wa Sallam bertanya, ‘Apakah engkau telah menyepit kepalanya?’ Yahudi itu akhirnya mengakui perbuatannya. Kemudian Rasulullah Sallallahu ‘alihi wa Sallam memerintahkan untuk menyepit kepala Yahudi itu dengan dua buah batu (iaitu membunuhnya)”. Dalam riwayat Muslim disebutkan, “...maka ia dibunuh lantaran ia datang kepada Nabi dengan menyerahkan jiwanya”

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, “Bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alihi wa Sallam telah pun menghukum rejam dua orang Yahudi. Kedua-dua itu sebelum berzina telah merasai persetubuhan melalui perkahwinan di dalam agamanya”. Imam Nawawi dalam Minhaj At-Thalibin menyatakan, “Dan had (hudud) untuk penzina muhsan, mukallaf yang merdeka adalah rejam. Syarbini berkomentar menjelaskan ungkapan ini, “..kerana Nabi telah merejam dua orang Yahudi sebagaimana diriwayatkan dalam Sahihain, dalam tambahan riwayat Abu Daud, ‘mereka berdua adalah muhsan’. Tambahan lagi, akad zimmah adalah syarat untuk melaksanakan hudud ke atas zimmi, bukan kerana statusnya muhsan” [Nihayat Muhtaj VII:427].

Khatimah

Wahai kaum Muslimin! Teramat banyak dan nyata sekali dalil di dalam Al-Quran dan juga Al-Hadis yang menunjukkan bahawa hukum Islam terpakai ke atas orang kafir. Adalah wajib ke atas pemerintah menghukum pesalah ini dengan hukum Allah. Orang kafir yang berzina, mencuri, membunuh, makan riba dan sebagainya wajib dihukum dengan apa yang telah Allah turunkan. Teramat jelas juga berdasarkan Quran dan Sunnah bahawa menghukum orang kafir berdasarkan undang-undang kufur adalah haram dan berdosa dan merupakan satu kemaksiatan kepada Allah. Konsep dualisme hukum/undang-undang yang ada sekarang adalah sama sekali bercanggah dengan nas kerana Allah sama sekali tidak membenarkan umat Islam untuk memutuskan hukum dengan selain hukumNya. Hukum Allah wajib diambil dan dilaksanakan sebagaimana yang Allah perintahkan, bukannya diambil atau dilaksanakan berdasarkan kehendak atau apa yang disukai oleh orang kafir. Janganlah sekali-kali kita sebagai umat Islam terjerat dengan sistem kufur-sekular yang ada sehingga kita mengambil hukum Allah sebagai alat untuk mengambil hati orang-orang kafir. Ingatlah akan firman Allah,

“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab sebahagian dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik” [TMQ al-Ma’idah (5):49].

7/26/2008

ALAM KUBUR



Setelah segala urusan dunia selesai, mayat akan dikebumikan dan setelah selesai dikebumikan maka rohnya akan dikembalikan ke jasadnya untuk MENJAWAB SOALAN dari malaikat.

Diriwayatkan dari Abdullah bin Salamra, sebelum malaikat Munkar dan Nakir masuk, ada seorang malaikat lain masuk dahulu yang mukanya besinar bagai matahari, namanya Roman. Dia masuk kepada mayat dan berkata:
“Tulislah apa yang kamu perbuat dari kebaikan dan keburukan semasa hidup di dunia dahulu.”

Mayat menjawab:
“Dengan apa aku menulis? Mana penaku,mana dakwatku dan kertasku?”

Sahut malaikat Roman:
“LUDAHmu sebagai DAKWAT. JARImu sebagai PENA.”

Mayat bertanya:
“Di atas apa aku menulis?”

Sabda Rasulullah s.a.w:
“Maka malaikat itu memotong tali kapan dan carikkan kain kapan dan diberikan kepada mayat dan katanya: inilah bukumu dan tulislah sekarang”

Maka MAYAT itu MENULIS apa yang telah dilakukan semasa hidupnya dengan KEBAIKAN. Maka bila sampai pula untuk menulis kejahatan, mayat itu merasa malu untuk menulisnya.

Kata malaikat:
“Wahai orang salah, sekarang ENGKAU merasa MALU untuk MENULIS KESALAHAN yang kamu lakukan dahulu. Kenapa kamu tidak malu terhadap Tuhan yang menciptakan akan kamu waktu kamu melakukan kesalahan dahulu hingga kamu merasa malu kepada aku?”

Maka malaikat itu mengangkat tongkat hendak memukulnya.

Lalu berkata si hamba tadi:
“Angkatlah saya dan saya akan menulis.”

Diapun menulis semua sekali kejahatan hingga habis, lalu malaikat itu memerintahkan supaya dia melipat catitannya itu dan memberinya cop mohor.

“Dengan apa cop?”

Jawab malaikat:
“Kamu COP dengan KUKUmu itu.”

Lalu diberikan cop kuku dan DIKALUNG di lehernya HINGGA ke hari QIAMAT.

Firman Allah ta’ala dalam surah AL-Isyra’ ayat 13 bermaksud:
“Dan tiap-tiap manusia itu kami telah tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetap kalong) pada lehernya dan kami keluarkan baginya pada hari qiamat sebuah kitab yang dijumpai dalam keadaan terbuka.”

Lalu masuklah dua malaikat, Munkar dan Nakir. Jika yang mati ahli maksiat, maka pada hari qiamat diwaktu Allah memerintahkan untuk membaca kitabnya sendiri, maka dia pun membaca sehingga habislah kebaikan yang dilakukan tetapi bila sampai kepada keburukan dia pun berhenti.

Maka firman Allah ta’ala:
“Mengapa kamu tidak baca?”

Maka jawab si hamba:
“aku malu kepadaMU ya Allah.”

Firman Allah ta’la lagi:
“Mengapa kamu tidak malu di dunia dahulu? Mengapa sekarang baru malu?”

Akhirnya hamba tadi merasa sungguh menyesal tetapi sesalan yang tidak berguna lagi. Kemudian datang lagi firman Tuhan dalam surah Al-Haqqah ayat 30 dan 31 bermaksud
“peganglah dia dan belenggulah dia, belenggu tangan ke lehernya. Kemudian masukkan dia ke dalam api neraka yang bernyala-nyala.”

1/07/2008

DOA IMAM BESAR MEKAH



Doa Imam besar Mekah hingga menangis...Beliau telah ditangkap selepas selesai doa tersebut ... semuga ALLAH SWT menetapkan Imannya.

Ya Allah, Yang memiliki segala Keagungan dan Kebesaran. Ya Allah, Yang maha Berkuasa, Yang Agung, Yang Maha Besar, Yang Maha Tinggi. Kami memohon Keagungan dan Kekuasaan-Mu. Dan kemenangan bagi seluruh mujahiddin yang berjuang pada jalan-Mu. Ya Allah, tetaplah di sebelah mereka dan bersama-sama mereka. Anugerahkanlah kejayaan, dan perkukuhkanlah kedudukan mereka. Ya Allah, satukan wawasan mereka, tetapkanlahlah sasaran senjata mereka, dan teguhkanlah kata-kata mereka, Ya Allah, cekalkanlah hati-hati mereka. Ya Allah, uruskanlah dan musnahkanlah musuh mereka.

Ya Allah, usirkanlah perhimpunan mereka, hancurkanlah integriti mereka, lemahkanlah kekuatan mereka, dan tanamkanlah ketakutan ke dalam hati mereka, Ya Allah, nasib kami ditangan-Mu, dan urusan kami akan dikembalikan kepada-Mu, dan keadaan kami tidak terlindung dari pengetahuan-Mu, Kepada-Mu serahkan kesengsaraan kami, Dan jiwa kami, dan kepada-Mu kami mengadu, Kepada-Mu dan hanya kepada-Mu sahajalah kami mengadu tentang kekejaman mereka yang menindas, Dan kekejaman "Faajirin", Dan kemarahan mereka yang dikhianati oleh penjenayah. Hanya kepada-Mu, Ya Allah, kami mengadu tentang kekejaman dendam Kristian, Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (lagi) Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (dan lagi) Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan, (lagi) Ya Allah, kegelapan penindas telah dipanjangkan.

Dendam golongan atheis telah berterusan jauh. Dan ... Pemimpin penjenayah Ya Allah, (berhenti) Ya Allah, Kirimkan kepada mereka tangan-tangan kebenaran ... Untuk mengangkat dengannya penghinaan kami, Dan untuk mengembalikan kepada kamu penghormatan kami, Dan untuk memusnahkan musuh kami dengannya, Ya Allah, (berhenti) Ya Allah, Engkau uruslah sumber kekejaman dan penindasan, (lagi) Engkau uruslah sumber kekejaman dan penindasan, Ya Allah, Kirimkan Kekuasaan-Mu menentang Amerika, Pusat kekufuran dan fasaad (lagi) Kirimkan kekuasaan-Mu menentang Amerika, (lagi) Pusat kekufuran dan fasaad, Ya Allah, kami menyedari tentang mereka, Mereka menyebarkan fasaad di bumi-Mu.

Dan mereka membunuh hamba-Mu, Dan mereka menghina agama-Mu (lagi) Ya Allah, kami menyedari tentang mereka, Dan di atas mereka segala kekuatan, Ya Allah, Kirimkan kekuasaan Kamu menentang mereka, (lagi) Ya Allah, Kirimkan kekuasaan Kamu menentang mereka. Ya Allah, hantarkan kepada mereka ribut kaum Aad, dan tangisan kaum Thamud, Dan taufan kaum Nuh, Ya Allah, Hantarkan kepada mereka sesuatu yang diturunkan dari langit, Dan dari apa yang keluar dari bumi, Ya Allah, Engkau pecah-belahkan negara mereka, Ya Allah, Jadikanlah negara mereka berpecahbelah dan pisahkanlah mereka, Ya Allah, Yang Maha Hidup dan Maha Berkuasa, Engkau tundukkanlah mereka di bawah genggaman hamba-Mu, (lagi) Engkau tundukkanlah mereka di bawah genggaman hamba-Mu, Ya Allah, Jadikanlah ribut taufan melanda mereka berterusan. (Lagi) Ya Allah, Jadikanlah ribut taufan melanda mereka berterusan.

(berhenti 30 saat) Ya Allah, bebaskanlah saudara-saudara kami yang ditawan, Ya Allah, bebaskanlah mereka, Ya Allah, berilah kekuatan kepada mereka, Ya Allah, Teguhkanlah keimanan mereka, Ya Allah, jadikanlah segala kemungkinan untuk mereka, Ya Allah, urusilah orang-orang yang menyiksa mereka. (Lagi) Ya Allah uruskanlah orang-orang yang menyiksa mereka, Ya Allah hapuskanlah mereka dengan kuasa-Mu dan Kekuasaan-Mu,

Ya Allah, jadikanlah perancangan mereka menentang kami sebagai sebab kepada kehancuran mereka, Dan kelicikan mereka, sebagai kelicikan terhadap mereka, Ya Allah, Tuhan sekalian alam, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Besar dan Yang Maha Pengasih, Yang Mendengar segala doa, Yang terdekat, untuk menerima doa, Kami berdoa kepada-Mu, menyedari janji-janji- Mu, dan penerimaan-Mu. Kerana Engkau telah berfirman dan kata-kata-Mu adalah benar: "Mintalah kepada-Ku, Aku akan menerima permintaanmu", Ya Allah, terimalah doa kami, (lagi) Ya Allah, terimalah doa kami,

Ya Allah, Yang Maha Kekal, Yang Maha Agong, Yang Maha Berkuasa di atas segala yang ada di langit dan bumi, kami memohon agar Engkau selamatkan al-Aqsa daripada kejahatan Yahudi, (lagi) Ya Allah, selamatkan al-Aqsa daripada kejahatan Yahudi, Ya Allah, bebaskanlah al-Aqsa daripada setiap kegelapan hati orang-orang kafir, Ya Allah, rehatkanlah kami dalam membebaskan Aqsa, dan kalahkanlah dendam Yahudi, Ya Tuhan yang Maha besar lagi Maha Pengasih, Seluruh makhluk merendah diri kepada-Mu, patuh, ... Ya Allah, Penciptakami dari satu ruh, Ya Allah, Yang Maha Tinggi kedudukan-Mu, Ya Allah, Yang mempunyai kekuatan yang Maha Kuat, kami memohon kepada keagongan Islam dan umat Islam.

Ya Allah, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Ya Allah, lindungilah para ulama yang berkerja keras (lagi) lindungilah para ulama yang berkerja keras, Dan teguhkanlah mereka yang ikhlas menyeru manusia pada jalan-Mu, Dan angkatlah kedudukan mereka yang menyeru kepada yang maaruf dan mencegah dari yang mungkar, Dan anugerahkanlah keampunan yang sama kepada umat Islam yang menyertai mereka, Ya Allah, Yang Maha Hidup, Yang Maha Berkuasa, Ya Allah, Yang Maha Besar lagi Maha Pengasih, Ya Allah, dia yang menyerah diri untuk menghancurkan mereka, Yang bercakap untuk memburukkan kehormatan mereka, Dan mencari tempat perlindungan mereka, Dan mereka yang tidak Engkau berikan petunjuk, Ya Allah, jadikanlah kesengsaraan destini mereka, Ya Allah, kekacauan di jalannya, Ya allah, tukarkanlah kesihatan mereka kepada kesakitan, Dan kekuatan mereka kepada penyakit, Dan kekayaan mereka kepada kemiskinan, Dan kekuasaan mereka kepada kelemahan.

Amin Ya Rabbal 'alamin!

Dicatat oleh AMBUYAT EL-BINANGKIT dipetik dari : PAUTAN INI"


www.aRtsDesiGneR.bloGspot.com

aie_artistic5@yahoo.com.my

12/07/2007

Resepi masak sotong.

Assalamu'alaikum kepada pembaca.Apa khabar?Semoga diharap dalam keadaan sihat-siahat semua disamping kawan-kawan yang tercinta.Erm..bukan apa bukan tak nak posting tapi ader masalah-masalah yang tertentu.Macam sibuk ke kuliah..line internet kat umah x berfungsi..Baru jer masuk balik line ni....tu pon ader sikit bertekak dengan arab.Mana taknya..kitaorang dah pasang anti net cut dengan no cut..tapi line tetap tulis...request time out..So nak buat macam mana...hehehehe..

Sebenarnya tak elok sangat bergaduh dengan arab ni..Sebab masa bulan ramadhan yang lepas....saya pergilah ikut kelas syeikh Nuruddin..yang bertempat kat umah Johor,Madinah Nasr,Cairo.Syeikh kata aper..kita sebenarnya x boleh nak bergaduh sangat dengan arab sebab nabi x suka kita mencaci atau menghina bangsa arab kerana keturunan Rasulullah adalah bangsa arab.Malah ada sesetengah ulama mengatakan kalau kita selalu baca surah al-Lahab atas kerana ingin menghina Abu Lahab maka berdosalah ia.Sedangkan Abu Lahab adalah salah satu dari keturunan nabi.Hak menghina yang paling besar hanya di sisi Allah.

Eh?aper yang saya tulis nie..hehehehe..bukan apa,hidup ini kena saling nasihat menasihati,seperti yang tersebut dalam surah Al-'asr " berpesan-pesanlah pada kebenaran dan berpesan-pesanlah kepada kesabaran"

ok...Sebelum rumah maqabir makan sotong..Beli kat depan kuliah Azhar lil banaat..Erm..so nak kongsi resepi..masak sotong..saper yang tau...taulah..saper nak cuba silakan...nama die...SOTONG LADA HITAM...siap nama tuu..saje jer kasi nama..

Bahan-bahan:
1 kg sotong (x beso x kecik)
1/2 liter santan
4 batang serai-diketuk
1 helai daun kunyit
Garam dan gula.

Bahan A ditumbuk@kisar(jgn halus sgt klu kisar)

20 biji cili padi.(klu xde amik la cili biasa)
2 cm kunyit hidup(kire beso ibu jari laa)
1 sudu kecil lada hitam
1 sudu kecil jintan putih

cara buat:
1. Sotong di bersihkan tetapi jangan di potong.Toskan.
2. Masukan santan,serai dan bahan A dalam kuali.Jerangkan dengan ape yang kecik jerk..sambil di kacau-kacau
3. Bila mendidih,masukkan sotong.Masak sampai nampak cam pekat2.
4. Letak garam n gula pasir.Masak lg samapi masak...dah masak makan..rasa sedap ke x sedap..kalau xsedap jgn salah kan saya..ehhehe..SELAMAT MENCUBA!!!!!!!!!

glaxonil786@yahoo.com.uk/allsunnah786@yahoo.com.uk

Manusia Itu......


NAK JADI MANUSIA TEPANDAI
Bertaqwalah kepada Allah
Nescaya kamu akan jadi
Manusia yang paling berilmu

MANUSIA TERKAYA
Sentiasa menerima atau redha
Qana'ah dengan setiap yang datang
Nescaya kau akan jadi
Manusia terkaya

MANUSIA YANG PALING ADIL
Kasihkan manusia seperti
Seperti kamu kasihkan dirimu
Nescaya jadilah kamu
Manusia yang paling adil

MANUSIA YANG TERBAIK
Jadilah orang yang memanfaatkan
Orang lain nescaya kamulah
Orang yang terbaik

MANUSIA TERKHAS DI SISI ALLAH
Banyakkan zikir keatasnya
Jadilah kamu manusia
Terkhas disisi Allah

JADI ORANG YANG PALING TERBAIK
Ambil berat dengan kefardhuannya
Nescaya kamu akan jadi
Orang yang Taat kerana
Ketenangan adalah satu kemenangan yang utama

BERSIH DARIPADA DOSA
Bersihakn dirimu daripada junub

DUKUMPULKAN DENGAN CAHAYA DI HARI AKHIRAT
Jangan menzalimi orang lain
Nescaya kamu akan
Bercahaya di akhirat

NAK ALLAH MERAHMATI DI HARI QIAMAT?
Kasihi dirimu dan hamba-hamba allah
Yang lain
Nescaya allah akan mengasihimu di hari Qiamat

NAK SIKIT DOSA?
Banyakkan beristighfar
Jadilah kamu manusia yang sikit dosanya

SEMULIA-MULIA MANUSIA
Jangan mengadukan hal mu pada makhluk
Jadulah kamun manusia yang paling mulia

SEKUAT-KUAT MANUSIA
Bertaqwalah kepada Allah
Jadilah kamu manusia yang paling kuat

ORANG YANG ALLAH LUASKAN REZEKINYA
Gelutkan dirimu dengan kesucian
Luaslah rezeki daripada Allah

NAK KEKASIH ALLAH DAN RASUL?
Sukailah apa yang disukai
Allah dan Rasul-Nya
Jadilah kamu kekasaih-Nya

TAK NAK DIMURKAI ALLAH?
Janagan marah atau bengang dengan
segala kejadian Allah
Nescaya kamu akan aman daraipada
kemurkaan Allah di hari qiamat

INGIN DOA YANG MAQBUL?
Jauhi segala makanan yanag haram
Maka nescaya doa-doamu
akan dikabulkan oleh Allah

DITUTUPI KEAIBAN
Tutuplah atau simpanlah keburukan saudaramu
Nescaya Allah pun akan menutupi
keaibanmu di hari akhirat

KEBAIKAN YANAG PALING BESAR ATAU AGUNG DI SISI ALLAH S.W.T
Baik akhlak,tawadhuk atau merendah diri
Sabar keatas malapetaka atau bala

TERSELAMAT DARIPADA DOSA-DOSA
Banyak menangis,rendah diri
dan sakit

KEBURUKAN YANG PALING BESAR DI SISI ALLAH
Buruk akhlak dan kedekut

APAKAH YANG MEMADAMKAN API NERAKA DI HARI AKHIRAT
Sabar atas malapetaka dan
musibah-musibah dunia

11/14/2007

Selangkah ke alam Mansurah..

Assalamualaikum,,aper kaba sumer kawan2 kita di Mesir and xluper kt kawan2 kita kt Malaysia? sehat la kan! harap2 mcm tu la..bukan aper,just nk amik tau jugak..

Baru2 ni aku ader la main bola kt padang kuliah `old trafford` kesayangan mansourians tu..biasa la team lughah lawan ngan usuluddin,and seperti biasa team lughah kalah lagi..nk open citer nyer,aku nk citer la yg budak2 lughah ni mmg sikit, knp sikit? kenapa ramai yg xnk amik kos lughah ni? satu penyakit yg aku selalu dengar kt malaysia tu orang selalu ckp kos lughah ni susah sangat,aku jumpa saper2 kt mesia tu sumer ckp kos ni susah,pastu kalo ader saper2 ckp nk amik lughah diorang sumer pelik, Y?

Sebenarnyer orang2 lama kita dari Mesir ni yg ckp kos ni susah,knp kita perlu sempitkan pemikiran kita ni? Actually lepas aku sampai mesir ni br aku tau,xde belajar yg xsusah. Kalo senang bukan la belajar nama nyer,mn ader belajar senang,yg penting istiqamah kita and tekad kita. Aku ingat lg ms aku ckp kt ayah aku yg aku nk amik kos lughah ni,Alhamdulillah ayah aku bg support 100percent sama ngan mama aku,nasihat ayah aku, pegi jer kuliah biar la xpaham pun,yg penting insyaALLAH ader berkat nyer,Alhamdulillah pesanan ayah aku ni aku sematkan kt dada yg tegap ini,kerana aper? kerana.. aku sayang kt ayah aku,tp bukan tu jer mmg adat kita nk tuntut ilmu tu mcm tu. Kalo kita nk tgk,budak2 medic tu lg la kitab dah mcm kitab yg aku tgk kt dalam citer Harry Potter,kalo diorang pun pening tgk kitab tu lg kan kita nk bc kitab diorang.

Bukan aku nk paksa orang amik lughah,tp just nk suggest jer,kalo ader minat tu amik jer,yg penting kener rajin la,kalo kita buat mcm study kt malaysia jugak,payah la. Xsalah pun kalo nk amik kos2 yg lain. Yg penting kemanisan mencari ilmu tu n kesungguhan yg kita ni mmg nk aper yg kita hajatkan dari Malaysia dl,satu contoh la: aku ader kawan kuliah ni nama dia Zahimi,orang N.Sembilan. Aku bukan nk puji sangat dia ni,pasal dia selalu kutuk team Chelsea kesayangan aku,tp aper yg aku really respect ngan dia ni,kalo g kuliah mst dia yg sampai awal dr aku,aku bengang la. Pastu dia ni duduk kt depan sekali,xmcm aku. Aku ni duduk kt kerusi belakang sikit pasal aku takut tertido,kang xpasal2 `anta Ya Malizia?qum! Limaza anta tanam?` haa nk jawab aper? ok balik pada citer asal..satu lg dia ni bg perhatian yg gila2 kalo doktor tengah syarah kt depan,jarang sangat la nk tgk dia tido,kalo xpaham jer dia terus tanya kt doktor lepas kuliah,pastu dia ingt lak tu nama doktor setiap madah,hebat kan? tp bila tgk syahksiah dia plak mmg aku kagum giler,benda yg aku tgk hebat pada Zahimi ni pertama, sembahyang jemaah xtinggal. Kedua,tahajjud xtinggal n ketiga,dia ni kalo bab masa dia jaga sungguh2.

Ni la benda yg penting sebagai pelajar yg cemerlang,nk satu benda tu bukan tumpu pada satu tu jer,tp benda yg sampingan tu kener selari mcm yg Islam nk kan. Aku sedar banyak lg yg aku kurang,aku ni bukan la baik sangat tp aku selalu tekad nk jadi mcm Zahimi tu,korang doakan la aku jd mcm tu. Kadang kita ni nama jer student Azhar,tp kadang2 ader lg terok dr orang yg xngaji agama,korang sedih ker?

Ok la, aku ingt sampai sini dl aku nk conteng blog ni,maybe ader citer lg kita sambung k! Badan aku pun dah penat duduk depan kom ni,esok nk g Port Said,nk carik bj sejuk sikit. Tp ingt la advice yg xseberapa ni,sekadar nk mengingatkan rakan2 kita. Doakan kami naik thn 3 K! Pastu kalo ader kawan2 nk amik lughah,suruh la mai Mansurah ni tp yg teror men bola la,bleh kita bantai geng Usul plak..heheh xdela sajer gurau2. ok Assalamualaikum Salam Tido dariku.

Saiful Islam b. Mohd Safiaai
Kuliah Bahasa Arab,
Mansurah,Mesir.