11/13/2007

Sekapur Sireh.......


Assalamu'alaikum kepada pembaca sekalian.Harap anda semua dalam keadaan yang baik dan berada di bawah lembayung rahmat Allah yang Ezsa.Blog ini adalah blog kepunyaan Ahli bait maqabir yang terletak di Jalan Sa'ud yag terletak di negeri Daqhiliyyah,Egypt.Bagi permulaannya,mari kita kita kenal serba sedikit berkaintan Mansurah.


Mansurah adalah salah sebuah negeri yang terletak di sebelah utara Mesir.Negara yang mempunyai 4 musim ini juga dikelilingi padang pasir yang meluas adalah suatu rahmat Alllah.Pada ketika ini penulis kurang sihat kerana mengalami perubahan musim daripada musim panas kemusim sjuk.Mansurah juag tidak terpinggir dari memiliki keindahan alam ciptaan yang maha Esa bagi bagi memberi peluang kepada hambanya untuk memerhati n memikirkan akan kebesaran Allah yang maha agung.
Universiti Al-Azhar yang tersenggam megah dengan kehebatan ulama-ulama yang terbit dari universiti ini telah menjadi titik tolak bagi pelajar dari seluruh kawasan mansurah dan juga negeri-negeri yang berhampiran dengannya serta pelajar-pelajar 'wafideen' yang datang dari Malaysia,Indonesia,Thailand,Syiria,Uzbekistan,India,JuzurQamar dan lain-lain negara untuk memilih universiti ini sebagai tempat menimba ilmu.Universiti Al-Azhar di mansurah ini terbahagi kepada dua.Pertama untuk pelajar lelaki yang terletak di bandar Salam,dab Azhar untuk perempuan yang terletak di Jalan Dirasaat.Bagi Azhar(lelaki) hanya dibuka Arabic language course&theology course.Akan tetapi bagi perempuan ia menjurus kepada semua bidang termasuk Islamic Law course serta Qiraat.


Walaupun berbeza dari segi bahasa,budaya,cuaca serta muamalah sehariannya, tidak menjadi alasan sebagai penghalang untuk meneruskan perjuang sebagai hamba Allah bagi menuntut ilmu di negara lautan ilmu ini.
Negeri bekas jajahan Perancis ini sungguh terkenal dikalangan warga lelaki egypt yang menyifatkan bahawa wanita Mansourah adalah wanita yang tercantik disebabkan kacukan arab dan Perancis.Itulah serba sedikit berkaitan dengan Negeri Mansourah.


Dikesempatan ini juga penulis ingin mengucapkan selamat datang ke Bumi Anbia' kepada Ahli Baru Bait Maqabir ini :

1).Izzat Helmi(Arabic Language Course)
2).Abdul Rahman(Arabic Language Course)
3).Redzuan(Theology Course)
4).Muhammad Ja'far(Theology course)
5).Muhammad Sazamir(Theology course) serta Isteri Noor Izda Royani Baiti(Islamic Law)
Ikhlas dari :
~Mohamad Amirushah(Theology Course)
~Abdul Afuww(Theology Course)
~Mohd Noor Fathi(Arabic Language Course)
~Khairul Alimi(Theology Course)
~Saiful Islam(Arabic Language Course)
~Mohd farid(Arabic Language Course)
~Zulkefli(Theology Course)

0 comments: